Friday, March 7, 2008

Pak Lah dan Arak / Syarikat judi biayai kempen pilihan raya BN

(JANGAN LUPA! SABTU HARI MENGUNDI!)
(UNDI PAS / UNDI BA)



TranungKita

Pak Lah dan Arak
Posted on Thursday, March 06 @ 21:41:54 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh WTKO

 Setelah kita disajikan dengan pelbagai aksi menarik Pak Lah yang juga disebut sebagai Imam Hadhari, bermula dengan isu raba, kemudian timbul pula isu peluk dan sekarang semua orang berbual pasal minum minuman keras. Cukup mengaibkan!!

Imej Pak Lah cukup tercemar apatah lagi dia adalah pengerusi OIC. Malu dan mengaibkan. Rasanya sudah cukup rakyat Malaysia ditipu dengan imej bersih sebagai "Mr Clean", tetapi sebenarnya adalah kaki perempuan, bergaul dengan arak, rasuah serta kronisme.


Anda boleh menilainya sendiri!!

Untuk muat turun sila :-

Fail JPG 700 pixel ---> SILA KLIK
Fail PDF 2840 pixel ---> SILA KLIK






Syarikat judi biayai kempen pilihan raya BN
Harakahdaily
Thu | Mar 06, 08 | 5:14:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Bukan menjadi satu rahsia apabila syarikat-syarikat judi menghulurkan bantuan dana kepada jentera pilihan raya BN khususnya dalam menghadapi saat-saat genting pilihan raya umum.

Keghairahan taukeh-taukeh judi menyalurkan bantuan kewangan kepada BN tidak sukar untuk difahami memandangkan dengan mengekalkan BN sebagai peneraju kerajaan di peringkat pusat dan negeri, hayat syarikat-syarikat judi ini akan terjamin sama ada dalam konteks perlesenan perniagaan mahupun perlesenan premis perjudian.

Harakahdaily menerima maklumat berhubung modus operandi taukeh-taukeh judi dalam membiayai kempen pilihan raya BN termasuk Umno.

Menurut sumber, bagi calon-calon beragama Islam, pembiayaan dibuat secara tunai dan diserahkan kepada calon atau wakil mereka di premis ataupun di penthouse milik syarikat perjudian; manakala bagi pemimpin-pemimpin BN bukan beragama Islam, pembayaran dibuat menerusi cek.

Taktik ini dirancang bagi mengelak pembiayaan syarikat judi kepada calon-calon BN beragama Islam dikesan.

Menurut sumber, sehari sebelum Parlimen dibubarkan, satu syarikat judi tempatan yang diterajui seorang warganegara asing telah menyalurkan jutaan ringgit kepada calon-calon BN tertentu.

Wang dalam bentuk tunai dikeluarkan melalui Bank Negara dan diserahkan kepada calon atau wakil calon di penthouse milik syarikat terbabit bertempat di Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini.

Antara calon-calon BN beragama Islam yang mendapat pembiayaan syarikat judi itu adalah pendokong Islam Hadhari di Pulau Pinang, pelopor konsep Melayu glokal di Pahang dan seorang ahli Kabinet BN yang bertanding di kawasan Parlimen di Kedah.

Pembiayaan untuk seorang calon bukan Islam dibuat melalui cek dan dihantar ke ibu pejabat parti komponen BN itu, dekat sini.

Jumlah pembiayaan kepada empat pemimpin BN itu dilaporkan mencecah RM17 juta.

Syarikat judi terbabit juga, menurut sumber menyalurkan kewangan kepada individu-individu tertentu yang lantang mengkritik Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sepanjang kempen pilihan raya. Jumlah sumbangan dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Pembiayaan syarikat judi terhadap kempen pilihan raya BN menimbulkan dua isu. Pertama, dari segi pelanggaran had perbelanjaan berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu RM50,000 di peringkat Dewan Undangan Negeri dan RM100,000 di peringkat Parlimen.

Kedua dari segi hukum syarak yang mengharamkan segala bentuk hasil daripada aktiviti perjudian.


UNDI PAS
UNDI PAS
UNDI BA


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: