Tuesday, March 25, 2008

Paip pecah di Hulu Langat, 100,000 pengguna terjejas

"onn abubakar" onnabubakar@gmail.com

24/03/2008 9:39pm

KUALA LUMPUR 24 Mac � Lebih 100,000 pengguna di 30 kawasan di Hulu Langat, Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di Jenderam Hilir, Sepang.


Paip bersaiz 1,200 milimeter itu menyalurkan bekalan air dari Loji Semenyih ke kawasan terbabit.


Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som dalam kenyataannya di sini berkata, ekoran kejadian itu, Syabas telah mengaktifkan ERP Kod Hijau pukul 2 petang tadi dan kerja-kerja pembaikan paip itu sedang dijalankan oleh kontraktor terbabit.


"Tempoh masa bekalan air pulih belum dapat dipastikan lagi. Bagaimanapun ia dijangka mengambil sedikit masa memandangkan saiz paip yang besar dan kesukaran bagi kerja-kerja pembaikan," katanya.


Beliau berkata, Syabas telah membuka bilik operasi 24 jam di peringkat wilayah bagi memantau aduan pengguna dan melaporkan perkembangan terkini kepada pihak pengurusan.


``Pihak kami juga telah menyediakan 18 lori tangki dan empat buah tangki statik bagi membekalkan air buat sementara ke kawasan terlibat,'' katanya.


Antara kawasan yang terjejas ialah Bandar Baru Bangi Seksyen 1 hingga 6, 13 (kawasan industri), 14 hingga 16, Bangi Lama, Taman Bangi Villa, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Kampung Rinching Hilir dan Tengah, Villa Raya, Taman Semenyih Ria, Taman Manikavasagam, Universiti Notthingham, Jalan Broga dan seluruh kawasan Beranang.


Pengguna boleh menghubungi talian 1-800-88-5252 bagi mendapatkan maklumat lanjut.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: