Thursday, March 6, 2008

Orang kuat Umno Terengganu jemput Haji Hadi ceramah

"jaga jaga" jagajagala@yahoo.com.my

ORANG kuat Umno Terengganu, Salleh Husin yang menurunkan bendera besar UMNO di hadapan Pejabat UMNO DUN Jabi telah menjemput Presiden Pas Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang, berceramah di ‘pos’ PAS yang baru dibukanya, setelah merobohkan pos UMNO.
Beliau yang seorang kontraktor, masih merupakan ahli UMNO, yang memprotes pencalonan semula Cikgu Ramlan sebagai calon UMNO di DUN Jabi.

Sejak Ramlan disahkan untuk mejadi calon semula bagi DUN Jabi, beliau telah mengarahkan pengikut-pengikutny a untuk merobohkan dua buah ‘pos’ UMNO yang dibinanya berhampiran dewan Sivik Jabi.
"Selain dari mendirikan dan menghias pos, beliau juga telah menyembelih seekor lembu untuk jamuan orang ramai sempena kedatangan Tok Guru."
Sumber Buletin Online memberitahu bahawa Salleh tidak puas hati dengan prestasi kerja Ramlan terutama dari segi ber’kecek kira’ terhadap penyokong-penyokong UMNO yang telah mengundi Ramlan pada pilihanraya yang lalu.

Selain dari mulut yang celupar Ramlah juga dilihat sebagai seorang yang sombong dan tidak mengenang budi.

Salleh mengeluarkan perbelanjaannya dari duit poketnya sendiri. Selain dari mendirikan dan menghias pos, beliau juga telah menyembelih seekor lembu untuk jamuan orang ramai sempena kedatangan Tok Guru.

Orang lama PAS DUN Jabi, Tengku Nawawi Tengku Abd Kadir berkata kepada Buletin Online di sini hari ini, Salleh juga telah meminta maaf kepada beliau di atas keterlanjurannya ‘menumbuk’ Tengku Nawawi dalam peristiwa di sebuah masjid beberapa tahun lalu.

“Kini hatinya telah terbuka untuk berbaik dengan orang PAS dan menyokong PAS,
“Saya telah memaafkan beliau dan berdoa supaya beliau diberikan hidayah untuk terus kekal perjuangkan Islam” kata Tengku Nawawi.

Pada PRU 11, tahun 2004, Salleh adalah orang yang paling kuat memusuhi PAS. Pada pilihanraya tersebut, Salleh sentiasa mengekori perayu undi muslimat PAS di dalam program ziarah rumah ke rumah, dan bertindak naik ke rumah penyokong UMNO yang dinaiki oleh muslimat PAS sebaik sahaja muslimat turun.

“Dia (Salleh) juga mengaku bahawa beliaulah yang membawa pengundi-pengundi hantu untuk keluar mengundi dari rumah-rumah penempatan di dalam kampung” jelas Tengku Nawawi


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: