Friday, March 14, 2008

Nazri Racist mula bersuara

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Nazri Racist mula bersuara
Tarikh : Wednesday, March 12 @ 16:47:46 MYT
Topik : Komentar


a
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata:

�Orang Melayu yang menyokong pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bertanggungjawab apabila DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang mahu polisi pentadbirannya bebas daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) "

Nazri masih lagi dengan nada agenda Melayu sempitnya; sedangkan rakyat Malaysia mahukan supaya ahli-ahli politik di negara ini bercakap bagi semua rakyat Malaysia dan mengenai kepentingan semua pihak, dan bukan hanya satu kaum sahaja.

Hey Nazri , better stop being a racist ! Apa yang Melayu khuatirkan tentang hal DEB?

Pada realitinya sebahagian besar kaum Melayu tidak menikmati manfaat DEB; terutamanya orang Melayu yang menyokong PAS dan PKR. Nazri patut berasa malu dan tidak seharusnya mengungkit bila orang Melayu kini sudah mula menyokong DAP, sebuah parti yang sebelum ini diketepikan mereka.

Umno kini sudah tidak relevan sebagai parti mewakili orang Melayu. Masuklah berjuang bersama-sama dengan PAS. Adakah sesiapa dari kalangan ADUN Umno yang baru terpilih sanggup meninggalkan Umno dan terjun kedalam PAS?

Adun Umno masuk PAS?

PAS memerlukan 12 sahaja dari ADUN Umno untuk mendapat jalan mudah bagi menjamin Melayu jadi MB.Tetapi tidak mungkin ADUN Umno melompat ke dalam PAS kerana mereka nantinya tidak dapat makan rasuah atau apa-apa kepentingan daripada penyelewengan yang menjadi amalan mereka selama ini.

Tetapi, bukan itu matlamat perjuangan PAS. Jawatan MB merupakan �bonus� bagi PAS. Dapat , syukurlillah , tak dapat pun alhamdulillah.

Selama Melayu menjadi MB di Perak ini pun , orang Melayu masih menerima nasib yang malang juga kerana MB Melayu yang diharapkan merupakan jembalang yang makan tuan sendiri.

DEB sendiri bukanlah satu faktor yang dapat memastikan sokongan kepada BN kerana masyarakat Melayu turut mengambil kira isu-isu seperti tadbir urus baik, akauntabiliti dan ketelusan dalam pelaksanaan dasar.

Sudah tiba masanya untuk satu model baru DEB digubal demi manfaat semua kaum bukan hanya Melayu sahaja

Source: Unknown
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: