Sunday, March 30, 2008

Merentap Kejatuhan BN, 3 Perkara Patut Dibuat?

"r r" alternatif2007@yahoo.com


Tarikh : Saturday, March 29 @ 18:38:06 MYT
Topik : Analisis Isu


a
�BERDASARKAN kepada banyak konflik yang gagal diselesaikan� oleh PM Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini telah menampakkan riak bayangan kejatuhan BN (Barisan Nasional). Demikian pandangan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz melalui kenyataan beliau di Kota Bharu semalam. Ertinya kejatuhan BN semakin dekat, oleh itu apa yang patut dibuat?
Sekurang-kurangnya 3 perkara perlu diberi perhatian. Pertama: Eratkan kerjasama.

Menurut Timbalan Pengarah II Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato� Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Harakah 28 Mac 08), �Parti-parti dalam pakatan Barisan Alternatif (BA) dan DAP diharap (dapat) menjaga kemenangan yang diberi rakyat dengan baik bagi mempertahankan kejayaan pada PRU 12 lalu.�
Kata beliau lagi juga ahli parlimen Kota Bharu, kerjasama erat yang sedia terjalin dalam BA bukan sahaja perlu diperkemaskan, bahkan sebaliknya terus menyusun gerak kerja dengan lebih mantap lagi. Rakyat mengharap kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang telus setelah mereka kecewa dengan kerajaan BN. Dengan itu gabungan BA mampu menggantikan kerajaan yang ada sekarang. Hasil sokongan masyarakat pelbagai kaum, mereka boleh menerima calon BA dan DAP.
Saranan: Perlu ada perjanjian kerjasama dan gabungan secara yang lebih konkrit, bertulis dan sebagainya.
Kedua: Tunaikan janji dengan melaksanakan manifesto.
Wan Abdul Rahim yang telah melantik Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) sebagai wakil peribadinya bagi masyarakat Cina, juga berharap 5 negeri, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor termasuk Kelantan pimpinan PAS, PKR atau DAP mampu menunaikan janji kepada rakyat seperti tertera dalam manifesto dalam PRU 12 tempoh hari. Samada perlaksanaan jangka pendek atau jangka panjang, ia mesti dilaksanakan.
Saranan: Tubuh jawatan kuasa pemantau dan penilai sepanjang masa yang bebas dari jentera kerja.
Ketiga: Perlaksanaan teori Dato� Seri Anwar jadi PM.
Terdapat 2 teori Anwar jadi PM. Pertama Pelan A, curi 30 kerusi parlimen dari parti pemerintah (Sila lihat tulisan dalam blog saya �Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi.. 11-03-08)
dan kedua Pelan B (�Teori 2, Anwar Jadi PM..12-03-08) wujudkan kerajaan campuran Pembangkang/ BN seperti yang berlaku selepas 13 Mei 1969. Teori pertama memang mempercepatkan kejatuhan BN, dan kedua ini mungkin agak lambat. Tetapi kedua-duanya tetap menyumbang ke arah pemerentapan kejatuahan BN.
Saranan: Perlu digerakkan oleh semua jentera parti gabungan, bukan oleh PKR sahaja.
Itulah 3 perkara tersebut yang perlu diambil perhatian, kalau dah buat Al-hamdulillah! Berdoalah� Mari kita sama-sama rentap biar BN merudum jatuh. Sekian.
Allah saja yang Maha Mengetahui. Wassalam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail. com) 29-03-08. KL.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: