Wednesday, March 26, 2008

MENGEKALKAN KEMENANGAN DI SELANGOR ?????

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com


Posted on Tuesday, March 25 @ 19:49:47 MYT by greenboc
Tazkirah Oleh al-bakistani

"a
Perubahan iklim politik Malaysia amat mengejutkan. Perubahan yang membawa satu ujian besar kepada parti yang memerintah, samada dari pihak Barisan Alternatif atau dari Barisan Nasional.

Berita kemenangan Barisan Alternatif di Selangor, sehingga ke hari ini, aku agak tidak berapa percaya. Walaupun itulah agakkanku, tetapi realitinya, Selangor bukan lagi dikuasai oleh Barisan Nasional. Kemenangan yang memperlihatkan kesedaran politik dari bangsa bukan melayu, tetapi tidak dari bangsa melayu.

Berdasarkan pengamatan peribadiku, setelah berjumpa dengan sebilangan pengundi-pengundi di Dun Paya Jaras, aku dapati, kebencian bangsa Cina dan India kepada kerajaan BN amat ketara.

Demonstrasi anjuran UMNO pulau Pinang yang mengangkat banner "hidup melayu" rupa-rupanya menjadi modal bangsa cina MCA mula membenci UMNO di selangor (tidak diketahui di negeri lain).

Adapun bangsa melayu, aku tidak dapat mengagakkannya. Tetapi, aku terlalu yakin, dengan isu krisis Istana vs UMNO terengganu memungkinkan Bangsa melayu akan berfikir panjang dari terus menyokong atau menolak kepimpinan UMNO dimasa akan datang. (wallahu 'Alam).


Walaubagaimanapun, hakikat kemenangan besar BA di Malaysia pada pilihanraya kali ini, bukanlah kerana bangsa melayu, tetapi lebih kepada keberanian Bangsa Cina dan India dalam melakukan perubahan.


Aku merupakan salah seorang petugas di Dun Paya Jaras. Aku juga sudah terlibat dalam beberapa sesi muhasabah kekalahan di Dun paya Jaras samada secara rasmi dan tidak rasmi.
Disamping itu juga, secara peribadi, aku sudah "berjalan" dan "bertanya khabar" pengundi-pengundi di Dun Kota Damansara dan Dun Bukit Lanjan yang menang. Didapati, boleh dikatakan semua saluran mengundi yang terdiri dari kalangan orang berbangsa Cina dan India menang, tetapi sebaliknya pada saluran mengundi orang melayu.

Aku mengagakkan, kemenangan BA pada kali ini bukan kerana kesedaran agama, tetapi lebih kepada kesedaran politik. Ianya adalah berpunca kelemahan Barisan nasional mengurus Negara. Maka dengan sebab itulah, orang-orang Cina dan India mengundi PAS, yang sudah pasti mereka mengundi PAS bukan kerana mereka mempunyai kesedaran Agama.

MELAYU DAN ISLAM


Melihat kepada kekuatan PAS yang sebelum ini dilihat kuat, ianya adalah disebabkan petugas, penyokong dan pendokongnya terdiri dari orang islam berbangsa melayu. Melayu dan islam adalah dua unsur yang amat sinonim. Apabila disebut melayu, pemikiran Malaysia akan menggambarkan ianya adalah orang islam, walaupun Islam tidak didasarkan kepada bangsa.


Reality yang perlu diterima, bangsa melayu boleh dikuasai dengan agama. Kemenangan PAS di Kelantan, kedah dan sebelum ini di terengganu, semuanya adalah bersebab bangsa melayu disana memahami islam.


Kelantan dan terengganu sebagai contoh, antara kekuatannya yang paling ketara adalah majlis-majlis ilmu yang didokong sendiri oleh tuan-Tuan Guru yang terlibat dengan parti secara langsung.


Di pagi jumaat, sudah pasti orang Kelantan akan berfikir untuk ke Dataran Ilmu, Dewan Zulkifli Kota Bharu kerana mahu mendengar ulasan tuan guru Nik Abdul Aziz tentang tafsiran Al-Quran.


Keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu. Pagi jumaat, rakyat terengganu terpanggil untuk menghadiri kuliah tafsir Al-Quran yang disampaikan oleh Tuan Guru haji Abdul Hadi Awang Muhammad di masjid beliau, Masjid Rusila.


Dengan program mingguan sebeginilah menyebabkan, Rusila merupakan kubu Kuat PAS di terengganu yang tidak mampu diganggu gugat oleh musuh politik PAS di mana-mana pilihanraya sekalipun.


PAS SELANGOR PERLU CONTOHI


Kemenangan BA di selangor, bukanlah kerana mereka mendapat undi yang tinggi dari bangsa melayu, tetapi lebih dari bangsa yang tidak melayu.
Maka dengan itu, PAS di Selangor perlu berfikir, bagaimana cara untuk memahamkan orang-orang melayu terhadap kemampuan yang ada pada pihak parti PAS dan BA di selangor.

Disebabkan Melayu adalah bangsa yang boleh berubah dengan sebab agama, maka dari ini, dicadangkan program-program keagamaan diperingkat negeri perlu dipertingkatkan.


Jika di kelantan terdapat Dataran Ilmu di tengah-tengah Bandar Kota Bharu, di Terengganu terdapat Masjid Rusila, dicadangkan agar di selangor menjadikan Masjid Shah Alam sebagai Dataran Menuntut ilmu mingguan bagi umat Islam di seluruh Selangor di hari cuti. Disamping, program kuliah agama hendaklah diperhebatkan disemua peringkat masjid dan surau.


Program keagamaan, tidak boleh lagi sekadar dalam lingkungan masjid dan surau, tetapi hendaklah di lebarkan sehingga kepada pasar-pasar Malam, Uptown, Pasar-pasar tani dan sebagainya.


Tindakan sebegini adalah bertujuan, untuk mendidik masyarakat melayu agar sentiasa berada dalam kefahaman islam yang syumul, yang dengan itu, PAS dan BA akan kekal memerintah di Selangor. Insya Allah�.


PENUTUP


Aku amat bimbang dengan kemenangan BA di Selangor. Kebimbangan ini adalah bersebab, kemenangan yang diberi ini memungkinan ujian dari Allah yang mempertanggungjawab kan kepada kita satu tanggungjawab yang tidak mampu di pikul.


Apabila Allah memberi kemenangan, bermakna Allah telah memberi tanggungjawab. Apabila tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya, menyebabkan rakyat melihat yang akhirnya rakyat akan menolak PAS dan BA dimasa akan datang.


Penolakan dari rakyat disebabkan penipuan dari pihak Barisan Nasional tidak membimbangkan, tetapi yang lebih membimbangkan apabila rakyat menolak dengan sebab tidak percaya lagi dengan kemampuan yang mereka berikan kepada PAS dan BA dalam pilihanraya kali ini.


Marilah sama-sama kita muhasabah diri, ianya bertujuan untuk mengekalkan kemenangan PAS dan BA di Selangor untuk masa akan datang.


Sekian


Wallahu 'Alam


Al-Bakistani

http://al-bakistani .blogspot. com

abu_abdillah_ azzam@yahoo. com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: