Monday, March 17, 2008

Mengapa Rakyat Menolak BN

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Mengapa Rakyat Menolak BN
Posted on Sunday, March 16 @ 01:57:43 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh denine

"a
Oleh: Perantau


Umno tercari-cari sebab mengapa mereka kalah. Akhirnya mereka kata rakyat keliru, tidak faham dasar kerajaan (balik-balik dia tuduh rakyat yang bodoh sedangkan kebodohan itu milik mereka) ataupun rakyat telah diputar belit dan di tipu oleh pembangkang. Kita sebenarnya kasihan kepada Umno kerana kajiannya sangat lemah dan tahap keilmuan mereka sangat rendah. Kita sebagai pemerhati boleh membantu Umno mencari formula penyelesaian dan membantu mereka juga mengapa mereka kecundang dalam PRU12.

  • Ungkapan "Merawat Kelantan", "Kelantan Negeri Termiskin", "Kelantan Mundur" banyak melukakan hati rakyat Kelantan terutama yang di perantauan. Sebaliknya mereka sangat cintakan negeri itu sehingga sedikit cuti yang terluang akan segera kembali ke negeri yang "Welcome to Kelantan In Peace". Mereka sayangkan negeri yang begitu makmur dan sejahtera, dengan budaya hidup sederhana dan kos hidup paling rendah di Malaysia. Apalah ada pada Bandaraya Kuala Terengganu jika dibandingkan dengan Kota Bharu, semua orang tahu. Tidak mengapalah tak jadi macam Pulau Pinang atau Johor Bahru, Kota Bharu terus membangun dan cukup untuk rakyat Kelantan mendapatkan apa sahaja asalkan ia tidak menyesakkan hati dan fikiran. Rupa-rupanya rakyat Kelantan di perantauan kembali beramai-ramai untuk mengajar pemimpin UMNO yang begitu sombong menghina dan memandang rendah negeri Kelantan dan TGNA. Hakikatnya yang perlu dirawat ialah pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri.

  • Jahat dan busuk hati yang keterlaluan terhadap rakyat sendiri jika mereka menjadi pembangkang. Hak pendaratan minyak/gas di perairan Kelantan sanggup dilencongkan ke Negara lain dengan tujuan untuk mengajar rakyat Kelantan. Kepada pemimpin UMNO ingatlah bahawa kuasa kita hanya sementara dan tidak kekal. Lihatlah apa berlaku pada Kedah, P.Pinang, Selangor dan Perak. Negeri yang dipuja-puja dan dipuji sebagai paling maju kerana UMNO kini telah menjadi pembangkang. Apakah selepas ini dibatalkan pendaratan gas di Kedah dan akan ditukarkan ke negeri lain pula. Apakah jika suatu hari ditakdirkan Allah Taala, Kelantan jatuh kepada BN sedangkan minyak telah disalurkan melalui Siam dan didaratkan di Kedah itu suatu kesilapan dan kerugian besar kepada UMNO Kelantan? Barangkali orang UMNO tidak pernah berfikir seperti itu, mereka hanya mahu menunjukkan kuasa dan melepaskan hasad dengki semata-mata. Rakyat Kelantan tidak peduli jika itu yang diputuskan oleh BN, buatlah apa yang mereka suka, kelak mereka akan dicaci oleh generasi-generasi yang akan datang dan jawablah di hadapan Allah Taala nanti.

  • Seperti kata Prof Muhammad Agus, cara kempen BN menafikan keintelektualan manusia, memang tepat. TV dan radio terang-terang berkempen (kebudak-budakan) agar mengundi UMNO/BN. Begitu sahajakah mereka anggap boleh mengubah hati manusia. Alangkah rendahnya mentaliti pemimpin UMNO yang menganggap orang lain seperti kanak-kanak sekolah. Sangat menjejekkan sedangkan perlakuan mereka dan tindakan mereka sangat menjengkelkan rakyat.

  • Penggunaan harta kerajaan dan kewangan yang sangat besar sepanjang berkempen. Menggunakan jet dan helicopter secara berleluasa ke sana dan ke mari untuk berkempen terang-terang menunjukkan mereka tidak bermoral sama sekali. Mereka bercakap tentang integriti tetapi mereka sendiri melakukan penyelewengan berleluasa.

  • Menganggap rakyat begitu bodoh dengan membawa artis-artis popular seperti Siti Nurhaliza atau Jamal Abdillah ke tempat-tempat kempen. Golongan muda seperti mat rempit mungkin tergoda, tetapi yang ada pendidikan dan kesedaran malah menjadi semakin meluat dan keciwa. Nampaknya negeri yang dilawati oleh kedua artis ini telah dirampas oleh BA sama ada negeri atau sebahagian dari kerusinya.

  • Islam Hadhari dijadikan alat untuk menutup Islam tulen yang diamalkan di Kelantan. Islam Hadhari banyak mengelirukan orang ramai dan jauh terpesong dari Islam yang sebenar. Dasar UMNO, gaya hidup pemimpinnya, hiburan yang melampau, masalah social yang parah menggambarkan begitulah Islam Hadhari yang dipromosikan oleh UMNO. Islam Hadhari tidak lain melainkan penyebab kepada mengapa orang Melayu/Islam melarikan diri dari UMNO dan menjadi faktur kepada kejatuhan Kedah, Perak dan Selangor.

  • UMNO tidak pernah mengakui kelemahan diri sendiri dan tidak pernah merasa penyelewengan, salahguna kuasa dan salahurus dana Negara secara berleluasa sebagai sebahagian dari faktur mengapa rakyat menjadi marah. UMNO mencari-cari sebab mengapa rakyat menolak mereka, sedangkan sebab itu ada pada diri mereka sendiri. UMNO sentiasa menganggap diri mereka sahaja yang bijak dan dapat mentadbir Negara dan orang lain tidak mampu. Lihat sahaja bagaimana TGNA/PAS mentadbir Kelantan hampir 20 tahun dengan segala kekurangan dan tekanan dari BN. Kelantan terus menuju kecemerlangan dan kesejahteraan dan kita percaya ia akan menjadi lebih cemerlang jika peruntukan kewangan disalurkan sebagaimana BN menyalurkan kepada negeri dibawah kekuasaan mereka. Mereka kata Kelantan mundur, sedangkan merekalah menjadi penyebabnya kerana perkapita negeri tidak disalurkan sewajarnya. Kelantan hidup dengan kekuatan diri sendiri.

  • Mereka tertipu dengan kemenangan kepimpinan mereka di IPTA dan menganggap mahasiswa telah menyokong mereka sedangkan mereka tidak tahu setiap mahasiswa itu hatinya begitu bergejolak kerana ditekan dan ditindas. Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang disingkir atau ditarik balik biasiswa/pinjaman. Kini mereka telah dewasa dan layak mengundi lalu mereka buktikan beramai-ramai (melalui PRU12) bahawa mereka lebih pintar dari pemerintah. Balik ke kampus nanti mereka akan menyamar lagi sebagai penyokong BN. Tahniah mahasiswa. Buaikanlah pemimpin Umno dengan mimpi-mimpi indah itu.

  • Pada hakikatnya UMNO/BN telah kalah dalam PRU12. Jika tidak diselamatkan oleh Sabah dan Sarawak, mereka sebenarnya telah menjadi pembangkang dan BA telah memerintah Negara ini. Lima negeri (enam termasuk WPKL) milik BA adalah negeri-negeri yang kaya dan maju jika dibandingkan dengan lima negeri milik BN (enam termasuk WPP). Apalagi yang dimaksudkan oleh PakLah sebagai BN masih kuat. Apa yang kuat jika Melayu dalam BN adalah minoriti sahaja.

  • Semoga analisis ringkas ini dapat menyedarkan siapa sahaja yang tidurnya terlalu lena.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: