Friday, March 14, 2008

Mat Sabu dilantik Senator untuk panaskan Dewan Negara?

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Oleh Tarmizi Mohd Jam
Khamis, 13 Mac 2008


NAIB Presiden PAS, Haji Mohd Sabu dijangka akan dilantik Senator bagi menjenamakan semula perbahasan dalam Sidang Dewan Negara yang dilihat tidak proaktif dan dingin selama ini.

Beliau yang dianggap "ayam tambatan PAS" tewas di Parlimen Kuala Terengganu ditangan penyandang kerusi itu, Datuk Razali Ismail pada pilihan raya Sabtu lalu.

Kehadiran Mohd Sabu dan rakan-rakan diyakini akan menjadikan Dewan Negara suatu tempat yang efisyen dalam membahaskan apa sahaja demi kepentingan rakyat di negara ini
Menurut sumber, PAS Pusat akan mengutarakan cadangan kepada dua negeri, Kedah dan Kelantan yang dikuasai PAS sepenuhnya untuk memikirkan pencalonan bagi mengisi koata lantikan Senator tersebut.

Setelah Kedah jatuh ketangan PAS, koata lantikan Senator kini berjumlah empat orang bersama koata Kelantan. Ini memberikan nafaz lega bagi PAS menghantar tokoh-tokoh berkalibernya ke Dewan Negara.

Dewan Negara yang dulunya dianggap sebagai lesu dengan perbahasan yang hambar, pastinya gamat dan hidup sekiranya perbahasan sihat, panas dan segar menguasai dewan itu.

Antara pimpinan tertinggi PAS yang tewas selain Mohd Sabu dan boleh dilantik Senator termasuklah Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat yang tewas di Jerlun), Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat PAS Pusat yang tewas di Dun Tahan) dan Mohd Hanifa Maidin (AJK PAS Pusat yang tewas di Tanjung Karang).

Bagaimanapun, menurut sumber ia bergantung kepada persetujuan Kedah dan Kelantan. Namun, secara umumnya, langkah tersebut (menghantar tokoh-tokoh besar ke Dewan Negara) dianggap proaktif dan bakal memberikan impak besar terhadap PAS.

Kehadiran Mohd Sabu dan rakan-rakan diyakini akan menjadikan Dewan Negara suatu tempat yang efisyen dalam membahaskan apa sahaja demi kepentingan rakyat di negara ini.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: