Tuesday, March 11, 2008

Masa untuk pulihkan kesihatan fikiran rakyat

"Ummu Waheedah" assakynah@yahoo.com

Pelik.
Bila ada provokasi kununnya akan ada huru hara, haru biru, kelam kelibut rakyat masih gagal mengguna akal yg waras. Inilah suatu bukti kerajaan BN selama ini gagal membina minda rakyat supaya sihat berfikir, tidak gelabah , tidak panik dan befikiran rasional.
Sebagai pemilik akal yg sempurna kita tentunya mampu untuk menilai suatu kejadian. Misalnya, bila ada perubahan kepimpinan mengapa perlu berlaku rusuhan sama ada ianya benar atau sekadar gempak. Bila parti pemerintah kalah , mulalah terdengar khabar kununnya akan ada rusuhan dan kecoh sana sini. Bukankah ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak ikhlas ? Pembangkang sudah saban kali menghadapi PRU , mereka sudah tahu akan kalah dan sudah bersedia kalah. Bila tentu kalahnya tak ada pula rusuhan. Kenapa bila pihak kerajaan kalah, mulalah hendak merusuh atau huru hara?
Inilah suatu cabaran kepada BA yg mengambil alih kerajaan negeri. Tak perlu tunggu PRU 4-5 tahun sekali, dari sekarang sudah boleh mulakan gerakan memulihkan pemikiran rakyat. Karat jahiliyah yg ditanamkan oleh pihak kerajaan selama ini perlu dicuci BERSIH. Jangan rasuah fikiran rakyat dengan dongeng kebebalan, fikiran rakyat perlu dicanai supaya sentiasa proaktif dan bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik. Fikiran rakyat harus dibina supaya matlamat hidup mereka jelas iaitu untuk mencari keredhoaan Allah s.w.t bukan untuk mencari redho manusia.
Mungkin orang akan bertanya, kepada non-muslim macam mana?Takkan nak disogokkan pemahaman yang sama? Mereka tidak ada aqidah begitu. Inilah satu kesilapan minda ummat Islam yang kronik. Mereka menyangka non-muslim tak boleh faham dan tak boleh menerima sesuatu yg bukan dari pemikiran mereka yg sedia ada. Ini salah. Walaupun ideologi berbeza tuhan kita sama. Oleh itu jagnan takut untuk menyatakan yang benar, soal ianya diterima atau tidak bukan masalah kita. Itu urusan tuhan yang akan menggerakkan hati manusia .Dialah yg memberi hidayah, tugas kita hanya menyampaikan. Allahu'aklam.

Khaulah Azwar yahoo.com> wrote:
Bisalah tu propganda.. nak takutkan rakyat.. Insya-ALLAH ngri kita dilindungi ALLAH, jgn takut & bimbang gertakan puak UMNO dan kuncu2nya yg suka buat kacau bilau...kita serahkan pd ALLAH swt semata2.. mhn agar lembahyung rahmat ALLAH swt sentiasa bersama kita dimana saja kita berada..amiin. .
p/s : Kome g kojo td pun rasa tonang jo.. sblm ni mata rasa sakit tgk bendera BN yg tergantung menggelapkan pandangan, tp pagi ni bila bendera depa dh turun hanya bendera pembangkang yg ada rasa nampak keindahan NUR ISLAM di pelosok dunia..Angin sepoi2 bahasa.. buat den liat nak g kojo... TAKBIR.,...


Note: forwarded message attached.

Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
To: ReSpeKs@yahoogroups .com
From: dsjkamarul
Date: Mon, 10 Mar 2008 15:24:27 +0800
Subject: Re: [ReSpeKs] BETUL KE KEADAAN TEGANG DI SELANGOR.

saya pun baru aje jengah kat teropong saya...dari opies ketinggian 4 ribu kaki dari paras laut.....ok aje...putaran dibuat 90 darjah berpusat...semua line clear...daaaaaaaaaa a...berita ini disiarkan jam 3.21pm@10.03. 08

On 3/10/08, amiza i <zie_66@yahoo. com> wrote: suami saya gi keja tadi punn..dia kata KL &
sngor..tenang, nyaman & damai je..sejuk hati rasa hari
ni...di kedah..tenang, nyaman dan mula terasa pagi
semlm..
TAKBIRRRRRRRRRRRRRR RRRR

--- Norin Mahat <norin_wf@yahoo. com> wrote:

> Saya di sini pagi ni ok aje, takda apa2pun....mlm
> tadi pergi Gombak hingga jam 11.30pm....aman
> aje....nak merusuh sbb apa pulak ya...yg tau org BN
> aje yg selalu kata negara akan kucar kacir kalau
> pembangkang memerintah,, ,,,
>
> Betul tu En Jamsari, org sekarang dah ada hp &
> internet utk dpt berita terkini, mcm 1969 dulu
> takda, jadi masa tu bila dengar desus org percaya
> sbb takda kemudahan nak dpt maklumat terkini secepat
> sekarang ni....
>
> Jamsari <jamsari@iwatsum. po.my> wrote:
> biasa la provok ... dah kalah, tak leh
> terima. biar orang ramai panik.
> nanti boleh buat rusuhan. jadi darurat. jgn
> percaya benda ni. orang sekarang,
> bukan macam orang tahun 1969.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: