Tuesday, March 11, 2008

Masa Depan Umno Barisan Nasional Semakin Gelap

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Masa Depan Umno Barisan Nasional Semakin Gelap
Kedudukan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia 'bagaikan telur di hujung tanduk' akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12 8 Mac 2008 yang lalu.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah "memusnahkan" BN selepas keputusan teruk dalam pilihanraya umum ke 12.
Mahathir mengecam parti pemerintah itu selepas keputusan terburuknya dalam sejarah - empat negeri jatuh di tangan parti-parti pembangkang, tidak termasuk gagal mengambil Kelantan. "Pada pendapat saya, beliau telah merosakkan Umno, memusnahkan BN dan beliau mesti bertanggungjawab, " kata Mahathir kepada wartawan.
Beliau mencadangkan Abdullah meletakkan jawatan, dan menambah beliau telah tersilap melantik presiden Umno itu sebagai perdana menteri.
Kelemahan pimpinan Pak Lah ini didorong oleh banyak faktor yang dikirakan rakyat sebagai relevan sebagai punca protes dan penolakan rakyat kepada 'Barisan Karat' pimpinan UmnoBN.
Kebanyakan ahli Umno juga cukup menyampah dan jelak dengan sikap Pak Lah yang terikut-ikut rentak 'menantu hantunya' Khairy Jamaluddin dalam menentukan dasar pecah dan perintah rejim Pak Lah sehinggalah campur tangan Khairy dalam meletakkan senarai calon-calon yang pro Khairy dan mengetepikan calon-calon yang lebih berwibawa.
Akibatnya ramai ahli Umno memboikot kempen pilihanraya, memboikot calon dan ini terjadi di Parlimen Johor Bahru apabila segelintir ahli Umno protes dengan memasang bendera PAS dan Parti KeADILan ditempat mereka, dan kami juga merasakan perkara yang sama bahkan lebih buruk buat Umno juga terjadi dikawasan lain.
Akhirnya timbullah dan desakan untuk Pak Lah Badawi meletakkan jawatan sekaligus untuk menafikan penglibatan Khairy yang bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri sebagai tanda memikul tanggungjawab tanda kekalahan teruk Barisan Nasional.
Seperti biasa Pak Lah mana tahu malu, beliau tetap berkeras untuk kekal berkuasa memegang jawatan dengan katanya "Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,"
Persoalannya ucapan beliau ini menggambarkan sifat munafik yang berpura-pura beriman dan gentar hanya kepada Allah sedangkan beliau sendiri selama ini khianat dengan amanah kepada Allah dan rakyat dengan berlaku zalim, kalaupun beliau mendengar suara rakyat apakah tindakan susulan beliau untuk menyelesaikan masalah negara dan masalah rakyat.
Perpecahan BN sendiri boleh kita saksikan sebelum pilihanraya apabila BN berpura-pura muafakat sedangkann parti Gerakan dan PPP berbalah, MIC dengan masalah Hindrafnya dan MCA dengan salah laku seks bekas menterinya.
Nama-nama besar seperti Datuk Seri S.Samy Vellu, Datuk Seri Zainuddin Maidin, Datuk S.Kayveas, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Dato Awang Adek, Dato Seri Annuar Musa,Dato Abdul Aziz Samsuddin dan ramai lagi pimpinan BN yang tumbang sudah tentu memeningkan kepada Pak Lah untuk membariskan nama baru untuk kabinet beliau yang paling lemah dalam sejarah negara 50 tahun.
Kemenangan BN sebanyak 140 kerusi banyak dibantu oleh faktor kerusi dari Sabah dan Sarawak yang memungkinkan BN untuk terus kekal berkuasa.
Walau bagaimanapun 82 kerusi yang dimenangi oleh pakatan pembangkang sudahpun cukup untuk menggerunkan UmnoBN sekaligus menafikan majoriti 2/3 BN.
Sewajarnyalah BN mengambil pengajaran, selepas ini dasar kerajaan tidak lagi boleh mengikut acuan Barisan Nasional 100 %. Kami dengan ini menggesa rakyat untuk terus istiqomah menyokong Barisan Alternatif dan pembangkang untuk terus melihat perubahan yang lebih dinamik untuk negara ditadbir secara adil,demokratik dan berkebajikan.

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: