Wednesday, March 26, 2008

Mana Lebih Derhaka

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Sehingga kini kemelut perlantikan MB Terengganu yang baru masih lagi panas dan sensasi dimedia-media dan menjadi bualan rakyat jelata.
Umno yang kini terdesak terus dirundung malang dengan beberapa peristiwa selepas PRU yang ke-12 dimana Umno sudah mula ditolak oleh institusi istana lantaran kebiadapan mereka selama ini.

Malang dan aibnya Umno bukan kepalang, kalau watikah dan surat lantikan dari Pak Lah sendiri sudah tidak laku, apa lagi maknanya. Tidakkah istana juga mahukan Pak Lah berundur.
Kesemua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB. Persoalannya mana puak-puak ini berani letak jawatan.

Kuasa Umno sudah luntur dan kendur, berita terbaru melaporkan Datuk Ahmad Said diarahkan oleh pihak istana untuk masuk ke Wisma Darul Iman, menafikan terus Datuk Idris Jusoh yang ditolak oleh Istana biarpun 22 lagi Adun BN berdiri dibelakangnya.

Biadapnya Umno selama ini mempertikaikan Sdr Lim Kit Siang Penasihat DAP berkenaan boikot majlis angkat sumpah Adun dari PAS sebagai MB Perak sedangkan ianya adalah salah faham dan permohonan maaf sudahpun dibuat kepada Pemangku Sultan Perak.
Bagaimana pula isunya dengan kemelut perlantikan MB Perlis yang calonnya yang diberi watikah oleh Pak Lah ditolak oleh Istana, tidakkah Pak Lah dan Umno meminta maaf kepada Raja Perlis.

Kini di Terengganu, mungkin bekas MB Datuk Idris Jusoh terlalu berkuasa dengan penyokongnya sehingga keluarnya perkataan natang(binatang) persoalannya kepada siapa mesej ini ditujukan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan ketika diminta mengulas isu ini berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sering menjelaskan pemimpin Umno tidak ikhlas membela nasib orang Melayu memandangkan kepentingan peribadi lebih diutamakan.

Beliau juga menegur Datuk Idris Jusoh yang katanya percaya kepada Qada & Qadar Allah, sepatutnya menasihat penyokongnya tidak bertindak negatif sekiranya beliau benar-benar reda tidak dilantik sebagai Menteri Besar.

Rakyat kini melihat pemimpin Umno negeri semakin tidak bermaruah dalam menangani isu pelantikan menteri besar yang begitu lama untuk diselesaikan menyebabkan wujudnya kecelaruan di kalangan pemimpin Umno negeri dan rasa tidak mempercayai antara satu sama lain walaupun mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU baru-baru ini.

Itulah Umno bacul semakin bacul...


Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: