Monday, March 24, 2008

Malangnya Terengganu Dengan Umno Yang Derhaka

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Heboh lagi tanah air kita ini, kali ini dengan kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu yang masih belum berkesudahan. Dalam perkembangan terbaru bakal Menteri Besar Terengganu yang diperkenan istana ialah Adun Kijal,Dato' Ahmad Said.
Sebenarnya watikah siapakah yang laku, watikah Sultan atau surat Pak Lah itulah yang menjadi persoalan yang hangat untuk di perbualkan sekarang. Meskipun perlantikan ini diharap menamatkan tempoh penantian lebih dua minggu setiap rakyat Terengganu dan Malaysia.
Tambah sukar ialah bila adanya protes yang diketuai oleh Adun Ajil,Datuk Rosol Wahid yang bersama-sama 22 lagi Adun BN itu amat biadab terhadap institusi istana.
Tambah malang Dato Ahmad Said telah dipecat dari Umno oleh Umno Negeri dan kehadirannya di istana pagi tadi tidak mendapat sokongan baki 21 ADUN BN (termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri Idris Jusoh).
Tindakan Adun BN ini sekaligus mencabar kewibawaan dan kemuliaan institusi istana. Sikap negatif terhadap istana itu bukan saja dinyatakan wakil-wakil rakyat BN malah lebih nyata bila Umno yang menderhaka.
Ugutan dari Adun-Adun BN untuk meletakkan jawatan juga tidak berasas kerana kelayakan mereka untuk bertanding semula dalam pilihanraya akan terlucut selama 5 tahun. Masakan mereka ini semua berani di gelanggang.
Kini tiba masanya untuk PAS dan Barisan Rakyat mengambil alih, susah-susah buat sajalah pilihanraya semula. Tahulah rakyat nak mengajar Umno kali ini.
Alhamdulillah PAS dan Barisan Rakyat tidak menangguk di air yang keroh, Umno sebenarnya yang biadap dan lancang. Patut pun bakal MB Terengganu dilucut dari Umno kerana beliau juga sangat biadap di dalam sidang Dun dengan ucapan dan kenyataan maki hamunnya.
Umno kini semakin retak dan menunggu masa untuk pecah tembelang busuknya...

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: