Saturday, March 22, 2008

Mahathir restu, Wanita tentang / Demokrasi telah berkubur dalam Umno

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Kelantankini

Mahathir restu Ku Li, Wanita Umno tentang

4.15pm | 21 Mac
KOTA BHARU: Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang berniat mencabar Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan mendapat sokongan penuh daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika benar, gabungan dua tokoh berkenaan dipercayai akan membawa impak besar terhadap cabaran Tengku Razaleigh untuk merebut jawatan tertinggi parti itu.

Ada laporan menyebut Ku Li bertemu dengan Mahathir sebelum mengisytiharkan keinginan beliau kepada pihak media kelmarin.

Desas-desus pertemuan dua tokoh Umno itu yang pernah bersaing sehingga mendorong pengharaman parti itu pada 1988, mula disebarkan melalui blog politik semalam.

Ku Li turut menyindir pihak yang beranggapan pertandingan jawatan akan menyebabkan perpecahan dengan berkata, “Ini demokrasi dan jika tidak, lebih baik kita tukar kepada presiden seumur hidup dan berkuasalah sampai bila-bila”.

Sementara itu, Pergerakan Wanita Umno tidak bersetuju dengan langkah Tengku Razaleigh Hamzah memanggil mesyuarat luar biasa dan juga hasratnya mencabar Presiden Umno.

Ketua pergerakan itu, Dato’ Seri Rafidah Aziz berkata masanya tidak sesuai untuk dua langkah itu memandangkan Umno dan BN kini kehilangan lima negeri selepas pilihan raya umum awal bulan ini.

Rafidah menambah, walaupun beliau menghormati bekas Naib Presiden Umno itu tetapi sekarang “bukan masa satu, dua atau tiga orang menonjolkan diri.”

“Kita dalam satu pasukan,” katanya.





Roslan SMS Corner

Demokrasi telah berkubur dalam Umno

Antara langkah pertama yang dilakukan oleh Ketua Umno bahagian Gua Musang, sejurus selepas keputusan resmi PRU ke 12 diumumkan adalah mengutus surat kepada semua Ketua-ketua Umno bahagian agar diadakan EGM diperingkat masing-masing dan kemudiannya diusulkan ke peringkat kebangsaan agar membincangkan kekalahan besar Umno dan BN dalam PRU ke 12 lalu.

Tengku Razaleigh turut mengumumkan bahawa beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan parti itu tahun ini bagi memulihkan Umno ekoran "setback" PRU ke 12 baru-baru ini.

Masih adakah demokrasi dalam Umno?

Belum pun sempat bahagian-bahagian mempertimbangkan permohonan EGM Ku Li, kini sudah bangkit suara-suara mengecam dan mengkritik inisiatif anak raja Kelantan itu. Seolah Umno dan BN tidak mengalami apa-apa kecederaan, seolah semuanya biasa sahaja. Kata Ku Li dalam akhbar The Star hari ini:

We have lost five states and the 2/3 majority in Parliament. If this is not serious I do not know what is. We can deny it and leave our future to fate.

Kita telah hilang lima negeri dan 2/3 majoriti di Parlimen. Jika ini tidak serius saya tidak tahu apa lagi. Kita boleh menidakkannya dan serah segala-galanya kepada takdir.

Begitulah budaya dalam Umno. Walaupun teruk luka dan tercedera namun mereka anggap yang mereka masih gagah perkasa lagi. Sesiapa sahaja yang cerdik cuba menegur dan berkata benar akan diserang dan dimomokkan. Dan kini turut diserang adalah tawaran Ku Li untuk merebut jawatan Presiden. Kononnya Umno akan retak dan pecah, dalam suasana sebegini sepatutnya ahli-ahli Umno bersatu.

Kata Ku Li, jika demikian sepatutnya dihapuskan sahaja pertandingan dalam parti. Umno sepatutnya melantik sahaja seorang Presiden "Seumur Hidup" dan kemudian berdoa semoga tidak ada apa-apa bakal berlaku kepada Presiden tadi!

Akhbar-akhbar Utusan dan Berita Harian kini punya tugas baru: serang Ku Li. Mudah-mudahan perkembangan ini akan membuka mata ahli-ahli dan penyokong Umno yang lain. Jika sudah begitulah Umno, maka lebih baik masing-masing membawa diri dan berhijrah ke wadah yang lebih praktikal dan efektif. Tinggalkanlah Umno, PAS dan PKR saya pasti menunggu anda semua dengan tangan yang terbuka.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: