Wednesday, March 12, 2008

Lim Keng Yaik Tempelak Pemimpin Umno

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Lim Keng Yaik Tempelak Pemimpin Umno
Penasihat Parti Gerakan Malaysia Datuk Seri Lim Keng Yaik berkata undi yang diperolehi oleh parti pembangkang adalah petanda kemarahan rakyat kepada Barisan Nasional.
Peristiwa menjulang keris oleh sesetengah pemimpin Umno yang dianggap seperti 'rowdy cowboys' dalam parti Umno memberikan imej yang buruk kepada Umno dan Barisan Nasional dengan segelintir pemimpin Umno bersikap sombong dan bongkak(bercakap besar)dalam mendengar masalah rakyat.
Sewajarnyalah parti Umno mengambil tindakan kepada ahli Umno yang cuba mengugat kestabilan gabungan parti komponen dalam Barisan Nasional.
Seperti MIC,MCA dan Gerakan mendisiplinkan ahlinya, Umno juga mestilah melakukan perkara yang serupa.
Sikap sombong dan bercakap besar di Parlimen dan didalam Perhimpunan Agung Umno mestilah dihentikan, kerana katanya "kamu boleh membantah tetapi jangan bersikap sombong".
Beliau berkata demikian setelah bersara dari kabinet dan semasa beliau mengosongkan biliknya di Kementerian Tenaga,Air & Telekomunikasi.
Itulah dia Barisan Nasional, mereka masih lagi saling tuding menuding siapa yang salah diantara satu sama lain. Kini pakatan BN bertambah goyah....

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: