Monday, March 31, 2008

Lebih 40,000 sambut Tuanku Mizan di Terengganu

"Nawawi Mustafa" lot3137@yahoo.com

Awang Harun
Sun | Mar 30, 08 | 1:04:48 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Hrkh) - Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin terharu dengan sambutan hampir 40,000 rakyat yang menyambut baginda di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, pagi ini.


ImageRakyat mula berkumpul di pekarangan LTSM kira-kira jam 7.30 pagi yang datang dari seluruh negeri sama ada dengan kenderaan sendiri dan bas secara rombongan.


Berbagai sepanduk dibawa oleh mereka bagi menyatakan sokongan dan berdiri teguh di belakang Tuanku Mizan.


ImageKesabaran mereka menunggu reda apabila pesawat yang membawa Tuanku Mizan selaku Sultan Terengganu mendarat di LTSM kira-kira jam 10 pagi yang diiringi oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dari Kuala Lumpur.


Pada kira-kira jam 9.30 pagi sebelum itu, anakanda baginda yang juga Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail tiba di lapangan terbang itu dengan pesawat khas lain yang diiringi oleh seorang ahli MPPR yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Abdul Kadir Sulaiman.


ImageSelepas bersalaman dengan golongan kenamaan yang diikuti dengan bacaan doa, kenderaan yang membawa Tuanku Mizan mulai keluar balai ketibaan jam 10.25 pagi.


Sepanjang perjalanan keluar dari LTSM, baginda membuka tingkap kenderaan sambil melambai tangan kepada rakyat dengan riak wajah Tuanku Mizan nampak terharu.


Dalam masa yang sama, rakyat turut bertakbir dan melaungkan Daulat Tuanku.


Orang ramai yang hadir mengambil masa lebih sejam dalam kesesakan untuk beredar dari LTSM. - mks.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: