Friday, March 7, 2008

Laungan reformasi tanpa henti di Johor Bahru

"Vijaya Kumar A/L Patmanathan" vijayakumar.p@my.panasonic.com

Gambar-gambar ceramah DSAI di Melaka dan Johor:

anwar-crowd-9.jpg

593b566751dc749aed50fdb9726b412f.jpg

96e64beb25726f22a6866814baee4055.jpg

dsai-jb-sinchew2.jpg

Laungan reformasi tanpa henti di Johor Bahru

Johor Bahru, 5 Mac - Jelas terbukti bahawa gelombang reformasi masih hidup segar dalam jiwa rakyat Malaysia , melihat sambutan yang diberikan kepada Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Skudai malam tadi. Lebih kurang 3000 rakyat telah datang ke Taman Damai Jaya untuk mendengar ceramah beliau, sementara sahutan ‘reformasi’ dan ‘hidup rakyat’ sentiasa terlaung dengan penuh semangat.

Ketibaan Dato Seri Anwar amatlah dialu-alukan orang ramai, dengan tepukan tangan dan laungan ‘hidup Anwar!’.


Malam tadi turut menyaksikan teman seperjuangan Dato Seri Anwar turut serta berceramah, termasuklah calon Gelang Patah, Dr. Zaliha Mustafa; Boo Cheng Hau, calon DAP untuk DUN Skudai; Mohd Shah Lamat, calon PAS untuk DUN Nusa Jaya dan R Kumutha, calon KeADILan untuk DUN Tiram.


Dalam ucapannya, Dato’ Seri Anwar mengulangi janji parti-parti pembangkang bahawa jika mereka memperoleh mandat rakyat, tugas pertama mereka tidak lain dan tidak bukan mengurangkan harga petrol dan barangan asas lain, serta menyediakan pendidikan percuma untuk semua. Tetapi janji-janji ini hanya mungkin terlaksana jika parti-parti pembangkang menang kali ini - jika tidak, maka rakyat akan terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk melihat perubahan. Dato’ Seri Anwar juga memenangi hati hadirin dengan laungan terkenalnya - ‘Melayu, Cina , India - kita semua satu keluarga’


Source: Harapan Baru Untuk Malaysia

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: