Sunday, March 16, 2008

Laman web rasmi PRU12 Pas[Berita terkini]

"Haizat" haizatt@yahoo.com

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Berita terkini PAS

Laman Khas Pilihanraya Umum ke-12 Pas klik "Berita terkini Pas" di atas untuk link

PAS tidak minta jawatan MB Perak - Salahuddin

KOTA BHARU (14 Mac): PAS tidak pernah mendesak agar jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada parti itu, sebaliknya ia dibuat secara bersama antara pucuk pimpinan Barisan Alternatif.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, pelantikan wakil PAS sebagai Menteri Besar Perak walaupun parti itu hanya memenangi enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan dibuat oleh satu pihak, sebaliknya atas keputusan bersama tiga parti dalam BA.

"PAS tidak pernah meminta supaya wakilnya dilantik untuk mengisi jawatan Menteri Besar kerana kita sedar jumlah kerusi dimenangi PAS hanya enam kerusi berbanding DAP 18 kerusi dan PKR tujuh kerusi.


"Justeru itu semua pihak dalam BA bersetuju supaya keputusan terakhir siapa bakal Menteri Besar diputuskan Baginda Sultan Perak. Dan, siapa saja calon yang diperkenan Sultan, kita setuju untuk menerima sebulat suara," katanya sebagai mengulas situasi terkini kemelut pembentukan kerajaan negeri berkenaan yang masih belum selesai.

Terbaru, pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah menitahkan majlis angkat sumpah jawatan menteri besar yang sepatutnya dilangsungkan semalam ditangguhkan ekoran Baginda tidak berpuashati dengan perkembangan semasa yang memperlihatkan seolah-olah tidak wujud kesepakatan antara ketiga-tiga parti BA mewujudkan kerajaan campuran.

Pihak Istana dalam kenyataannya memaklumkan bahawa penangguhan tersebut dibuat berdasarkan kepada perkembangan terkini yang menunjukkan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.
Ia bermula apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan membantah pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar berdasar kepada jumlah kerusi terkecil dimiliki PAS dalam DUN Perak iaitu enam kerusi berbanding DAP (18) dan PKR (tujuh).

Sehubungan itu beliau meminta semua Adun DAP berjumlah 18 orang tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah itu. Bagaimanapun Lim kemudian memohon maaf kepada Sultan ekoran kenyataan yang dibuatnya.

Kenyataan Lim tersebut mendapat bantahan meluas termasuk penyokong-penyokong DAP sendiri yang antaranya meluahkan kemarahan mereka di laman web pemimpin DAP itu.
Penangguhan istiadat angkat sumpah ke tarikh baru yang belum ditetapkan itu diumumkan Dato' Pengelola Bijaya Diraja, Dato' Seri Raja Mansor Raja Razman di Istana Iskandariah sebelum upacara berlangsung.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah menitahkan semua 31 Adun dari PAS, PKR dan DAP menandatangani surat persetujuan bagi pembentukan kerajaan campuran di negeri itu.

Semua Adun berkenaan juga diarahkan menandatangani surat yang sama bagi persetujuan pelantikan wakil PAS, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi ketika mengesahkan perkara erkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan isu berkenaan menjadi lebih rumit dan mengelirukan orang ramai.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: