Tuesday, March 11, 2008

Laksanakanlah negeri KEBAJIKAN dan KEADILAN di peringkat Negeri

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Laksanakanlah negeri KEBAJIKAN dan KEADILAN di peringkat Negeri
Posted on Sunday, March 09 @ 16:02:21 MYT by greenboc
Artikel Pendek Oleh ahmadhadeed



"aSyukur kepada Allah Azzawajall kerana sudi mendengan doa hamba mu yang daif dan memenuhi doa hamba mu yang daif ini. Enkau lah Tuhan semesta alam dan Engkau lah Ya Allah sebaik baik Pelindung dan Pemberi kemenangan. Itulah yang dapat kita rumuskan dari kejayaan luar jangkaan ini. Yang pentingnya kita sentiasa ingat bahawa semua dari ini dari Allah dan Allah boleh mencabut balik kejayaan ini bila bila masa kalau Dia kehendaki.Allah telah memberi kita peluang untuk melaksanakan apa yang kita janjikan kepada rakyat dan kita mesti melaksana semua janji itu tanpa apa apa alasan. Kita mesti bekerja keras menjadi Hamba Allah dan berkhidmat untuk rakyat. Rahsia mencapai kemenangan dalam sesuatu perjuangan .....




ialah kita meletak Allah sebagai matlamat perjuangan dan meletak Allah sebagai Pelindung dan Pemberi kemenangan. Kita hadapi semua pahit getir perjuangan dengan sabar, tawakkal dan iktiar diri.



Apabila kita telah meletak harap kepada Allah dan Allah telah menkategori kita sebagai sesuai untuk mendapat kemenangan maka Allah akan memberi kemenangan. Rahsia kemenangan Islam ialah doa , kerja kuat, bersopan santun sesama manusia , kesatuan ummah , kreativiti , keberanian ,berpengetahuan dan restu Allah kepada kita semua.



Bagi negeri yang di menangi oleh PAS dan BA kita berdoa agar mereka memegang amanah ini dengan baik dan sesungguh nya setiap perkataan, akhlaq dan amalan kita sekarang sudah berada dalam pemerhatian Allah. Rakyat juga memerhati kita kerana undi mereka lah yang memenangkan kita . Kita janganlah mengulangi kesilapan kita yang lalu semasa memerintah negeri kerana sangatlah susah memulihkan kemenangan apabila kita telah di timpa perception yang nagative dari rakyat.



Inshaaallah jadikan lah kemenangan di Kedah, Selangor dan Perak dan yang manis nya di Lembah Kelang iaitu ibu negara Malaysia sebagai peluang memberi model pemerintahan KEBAJIKAN dan KEADILAN yang kita janjikan kepada rakyat.Walau pun kerajaan pusat akan mensabotaj usaha kita namun sekali lagi kita bertawakkal kepada llah. Inshallah kita akan menjadikan kemenangan ini satu yang memorable kepada rakyat yang telah berani bereksperiment dengan keikhlasan dan kemahiran kita memerintah negeri.



Yang penting juga ialah Jemaah PAS janganlah melupakan aktivis di bawah apabila berara di WISMA NEGERI. Aktivis jamaah adalah jentera yang memacu kemenangan dan apabila mereka di biarkan tanpa kebajikan dan kasih sayang maka mungkin mereka merasa tidak di hargai .Kita telah mengalami fenomena ini dan sangat susah untuk jump start mereka apabila mereka telah tawar hati. Satu perkara yang amat penting untuk di kongsi ialah jangan lah kemenangan ini di anggap kemenagan individu, anggaplah ia sebagai kemenangan dan anugerah Allah dari mula ia di umumkan dihari pertama sehingga perbubaran dewan lima tahun nanti.



Akhir sekali kepada aktivis Cyber dan online yang di kasihi terutama TKO ,penyumbang , pengunjung dan pengerak laman web yang lain , saya mahu mengucapkan syukur kepada Allah, syabas atas sumbangan anda dan sama samalah kita terus menyemarakkan lagi perjuangan di alam siber ini demi untuk menegakkan perjuangan islam
Takbir ..Allah hu Akbar
"



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: