Thursday, March 6, 2008

Lagi Bukti terkini - Kisah Anggota Tentera Ada Dua IC Terbongkar

"mahawiras" mahawiras@yahoo.com

-- In Indian-Malaysian@ yahoogroups. com, r r wrote:

Lagi Bukti terkini - Kisah Anggota Tentera Ada Dua IC Terbongkar
Tarikh : Wednesday, March 05 @ 16:36:31 MYT
Topik : Aduan @ Laporan

Kisah ini menarik dan menggemparkan. Ia boleh menyebabkan ketegangan
berlaku sewaktu hari mengundi pada 8 Mac 2008. Jika benar, ia juga
mungkin menyebabkan PRU12 menjadi tidak sah. Kisah sepenuhnya adalah
seperti berikut:

Pada jam 2.44 pagi, Mac 5 2008, saya membuat posting berjodol Segolongan
Anggota Tentera Ada Dua IC? seperti di bawah ini:

Sumber-sumber memberitahu Suara bahawa kini segolongan anggota angkatan
tentera dikatakan mempunyai dua kad pengenalan � satu kad pengenalan
tentera, satu lagi kad pengenalan awam. Lagi:
http://maisuara. blogspot. com

Setakat jam 10.16 pagi, saya menerima empat komen daripada para pembaca.
Antaranya yang relevan adalah seperti berikut:

7:03 pagi, Berita Dari Gunung: Dalam filem, sebelum James Bond bergerak
untuk sesuatu mission, beliau akan dibekalkan dengan peralatan canggih
dan pelbagai pasport. James sentiasa berjaya, walau tertangkap akan
lepas juga. Kalaupun ada tentera dengan dua kad, tentulah dengan misi
tertentu. Misi tentera selalunya RAHSIA.

7:48 PAGI: SU-KJ: Sebagai seorang bekas tentera, saya rasa perkara ini
tidak benar. Tidak mungkin begitu mudah sekali anggota tentera diberi
kad pengenalan awam kerana ia boleh memakan diri ATM sendiri. Namun
sebagai bekas tentera juga saya ingin memaklumkan bahawa pihak
pembangkang tidak perlu risau kerana majoriti bekas tentera dan juga
yang masih berkhidmat nafas mereka berbau "pembangkang" .
Pengundi-pengundi tentera mahupun bekas tentera, mereka ibarat seperti
pengundi rakyat Kelantan..." diberi habuan hamba ambik tapi pangkah demo
belum tentu lagi" http://www.penyokon g-kj.blogspot. com/

8:33 pagi, Kamalkamal: Pucuk pimpinan BN semakin tertekan. Semalam SPR
membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal di kuku semasa PRU kali
ini. Ini menguatkan maklumat yang diberikan oleh "Suara". Bila terdesak
manusia sanggup melakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai.

10:16 pagi, Habil: Benar, Malaysian Army mempunyai dua ID dalam rekod
SPR. Sebagai bukti, go to website SPR
http://daftarj. spr.gov.my/ daftar.asp. Kemudian masukkan no IC tentera
ni: T719756. Kemudian, masukkan no IC "orang awam" ni pulak:
750909035727. Bukan kah mereka adalah orang yang sama? Tetapi mengapa
satu undi pos di Penang, dan satu lagi ke Kelantan atas nama "Orang
AWAM"??? No wonder BN begitu "confident" untuk merampas Kelantan dan
lain-lain.. Sungguh jahat, dan tak amanah pemerintahan BN. Saya sungguh
kecewa...Teramat sedihh....

Berikutan komen oleh Habil, saya pun akses lamanweb SPR
http://daftarj. spr.gov.my/ daftar.asp. Berikutnya, saya key-in No IC
Tentera: T719756 dan saya dapati maklumat di bawah ini:

Kad Pengenalan : T719756
Nama : HAZELY RAZIN BIN YAAKUB
Tahun Lahir : 1975
Jantina : L
Lokaliti : 042 / 06 / 06 / 635 - TUDM B'WORTH
Daerah Mengundi : 042 / 06 / 06 - JALAN MESJID
DUN : 042 / 06 - TELOK AYER TAWAR
Parlimen : 042 - TASEK GELUGOR
Negeri : PULAU PINANG
Pusat Mengundi : POS
Saluran : 0
Masa Mengundi : -
No Siri : 1019

Sesudah itu, saya key-in pula No IC Orang Awam 750909035727 dan
memperolehi maklumat berikut:

Kad Pengenalan : 750909035727 / A3170255
Nama : HAZELY RAZIN BIN YAAKUB
Tahun Lahir : 1975
Jantina : L
Lokaliti : 019 / 03 / 13 / 001 - KG BHARU
Daerah Mengundi : 019 / 03 / 13 - KAMPUNG BHARU SUNGAI
DUN : 019 / 03 - PASIR PEKAN
Parlimen : 019 - TUMPAT
Negeri : KELANTAN
Pusat Mengundi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD MAHYIDIN
Saluran : 3
Masa Mengundi : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
No Siri : 1032

Kedua-dua maklumat di atas amat memeranjatkan saya. Dari namanya
(termasuk ejaannya sekali), dari tahun kelahirannya dan dari jantinanya,
Hazely Razin Bin Yaakub yang menggunakan Kad Pengenalan Tentera No:
T719756 adalah Hazely Razin Bin Yaakub yang juga mempunyai Kad
Pengenalan Awam No: 750909035727/ A3170255.

Yang berbeza cuma Hazely Razin yang guna pengenalan tentera membuang
undi secara pos untuk DUN: 042 / 06 - TELOK AYER TAWAR dan Parlimen :
042 - TASEK GELUGOR, di Pulau Pinang, sementara Hezely Razin yang
menggunakan pengenalan awam akan mengundi di DUN : 019 / 03 - PASIR
PEKAN dan Parlimen : 019 � TUMPAT di Kelantan menerusi saluran tiga
di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.

Pembongkaran di atas bukan fitnah. Anda sendiri boleh memastikan perkara
di atas dengan menurut kaedah yang diberikan oleh Habil. Pastikanlah,
dan sesudah itu desaklah SPR dan kepimpinan negara untuk menafikan
penyelewengan seperti ini dengan seberapa segera. � Ruhanie
Ahmad(bekas Parlimen Parit Sulong)

In matters of conscience, the law of the majority has no place-Mahatma

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: