Monday, March 10, 2008

Lafaz selawat kepada Nabi SAW daripada para ulama dan solihin

"Hasan Nazam" tinta_ilmu@yahoo.com

Lafaz selawat kepada Nabi SAW daripada para ulama dan solihin
Lafaz-Lafaz Selawat:-
Kata Imam al-Sya�rani: Suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW yang sedang duduk di dalam masjid. Beliau berkata: �Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli kemuliaan yang tinggi dan pemurah yang disanjungi. Lalu Rasulullah memberi tempat duduk kepada beliau di antara Baginda dan Abu Bakar RA. Orang ramai yang hadir merasa hairan dengan tindakan Rasulullah mendahulukan lelaki tersebut. Kemudian Rasulullah memaklumkan: �Jibril telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah berselawat kepadaku dengan lafaz selawat yang belum pernah diungkapkan oleh sesiapapun sebelum beliau.� Lalu Abu Bakar bertanya: �Bagaimanakah lafaz selawat beliau?� Rasulullah pun menyebut lafaz selawat lelaki berkenaan. (Afdhal al-Salawat �ala Saiyid al-Sadat).

Kelebihan Selawat:

- Diriwayatkan daripada �Abdul bin Mas�ud RA: Sabda Rasulullah SAW: �Orang yang lebih utama (dekat) denganku pada hari Qiamat ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.� (Dikemukakan oleh al-Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn �Asim).

- Daripada Anas bin Malik RA: Sabda Rasulullah SAW: �Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali dan menghapuskan sepuluh kesalahannya.� (Riwayat Imam Ahmad).

- Sabda Rasulullah SAW: �Sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia melapangkan kebimbangan, kedukacitaan, kesusahan, memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat.� (Menurut al-Sayuti hadis ini adalah Sahih).

- Sabda Rasulullah SAW: �Sesiapa yang ditimpa suatu kesusahan, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia menguraikan simpulan dan melapangkan kesukaran.� (Afdhal al-Salawat �ala Saiyid al-Sadat).


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: