Saturday, March 29, 2008

Krisis MB T'ganu: PAS ajak rakyat pertahankan keputusan istana

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Assalamualaikum. ..

dalam isu MB Terengganu ni kita dah lihat macam2 kontroversi berlaku.bermula dari pembatalan majlis angkat sumpah,beberapa nama yang dicalonkan,penolaka n oleh pihak istana,sokongan "PADU" pada Pak Deris,perhimpunan "Haram" didepan Istana disertai dengan kain rentang yang "Membinatangkan" institusi tertinggi dalam negeri,perlantikan YB Ahmad Said dan macam-macam lagi...saya ada satu persoalan yang saya fikir wajar kita bincangkan bersama-sama. ..

kita sedia maklum bahawa setakat hari ini(27hb.Mac, 2008/Khamis) YB Ahmad Said telah mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Terengganu melalui MPPR.kita juga telah diberitahu akan DYMM Seri Paduka Baginda YDA akan berangkat pulang ke Terengganu pada hari Sabtu bersamaan 29hb.Mac,2008. kita juga sedia maklum bahawa sekelian rakyat menjunjung titah Tuanku dan menyokong sesiapa sahaja pilihan Baginda untuk dinobatkan sebagai MB Terengganu.

Persoalan yang ingin saya utarakan dan bincangkan ialah bersediakah kita dan apakah pendirian kita seandainya Tuanku Mizan menarik balik perlantikan YB Ahmad Said atas alasan DYMM Tuanku sendiri dan seterusnya melantik YB Idris Jusoh sebagai MB Terengganu bagi penggal ini?kita harus ingat bahawa DYMM Tuanku mempunyai kuasa yang termaktub didalam perlembagaan untuk memilih sesiapa sahaja berdasarkan budi bicara DYMM Tuanku sebagai MB.

apa yang saya cuba utarakan dan bincangkan bukan sebagai provokasi kepada sesiapa jauh sekali hendak mempertikaikan keputusan DYMM Tuanku.tetapi kita harus bersedia menerima apa sahaja keputusan yang bakal diberikan dalam kemelut MB Terengganu ini.
Pendirian saya - tidak kira siapa yang dilantik sebagai MB Terengganu oleh DYMM Sultan Mizan/MPPR saya tetap menyokong titah DYMM Sultan.rukunegara ke 2 tetap saya ingat : KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.

DAULAT TUANKU.


Krisis MB T'ganu: PAS ajak rakyat pertahankan keputusan istana
Awang Harun | Foto Nasir Sudin
Thu | Mar 27, 08 | 2:23:02 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 27 Mac (Hrkh)- PAS Terengganu mengajak rakyat agar berdiri teguh di belakang pihak istana serta Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam isu perlantikan jawatan Menteri Besar (MB) Terengganu.

Ini kerana MPPR telah membuat satu keputusan yang bijak dengan menggunakan kuasanya bagi membetulkan suasana dan keadaan negeri ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dato� Mustafa Ali berkata pihak istana amat memahami apa yang berlaku dalam kerajaan di bawah kepimpinan bekas Menteri Besarnya, Dato� Seri Idris Jusoh.

Image"Kami daripada PAS negeri Terengganu berdiri teguh di atas keputusan yang diambil oleh pihak istana Tuanku.

"Kita (PAS) sedia maklum, amat jarang sekali istana menggunakan kuasa yang ada pada Istana untuk membetulkan suasana dan keadaan,� tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat agar berdiri teguh di belakang keputusan yang dibuat oleh MPPR untuk tidak memilih Idris sebagai MB.

Menurutnya, PAS tidak berniat mencampuri urusan Umno/BN tetapi berdiri teguh mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan dari anasir yang cuba mengganggu-gugat pihak istana.

"Kita (PAS) tidak berniat untuk campur tangan dalam soal rumah-tangga Umno. Sebab itu, sejak selepas pilihan raya hingga sekarang kita (PAS) tidak pernah buat apa-apa yang mengeruhkan suasana dan keadaan itu,� jelasnya.

Justeru itu, katanya jika Umno meneruskan juga dengan tindakan-tindakan yang tidak berakhlak PAS akan meneliti perkara tersebut sebelum mengambil tindakan.

�Kita kesal Umno Terengganu tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh MPPR sehingga menggunakan perkataan yang biadap terhadap istana,� ujarnya.

Tinjauan Harakah mendapati antara sepanduk yang dipamerkan ahli-ahli Umno yang berhimpun di hadapan Istana Terengganu, 23 Mac lalu bagi melahirkan sokongan kepada Idris adalah "Kami Masih Perlukan YAB Dato� Seri Idris Jusoh", "Sokongan Kami Tak Berbelah Bagi Kepada YAB Dato� Seri Idris Jusoh" dan "Kami Nak Idris, Natang (binatang)".

Tunjuk perasaan dan sepanduk yang berunsur ugutan itu, kata Mustafa adalah suatu penghinaan kepada institusi Raja Berperlembagaan.

"Umno Terengganu tidak menghormati apa jua keputusan yang telah dibuat oleh MPPR. Lainlah jika Raja memilih seseorang yang bukan dari kalangan parti yang memenangi majoriti,� ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan Idris serta para penyokongnya agar menerima keputusan pihak MPPR sebagai qada dan qadar.

atanya, PAS sedang mengikuti perkembangan tersebut dengan terperinci dan tidak mahu mana-mana pihak cuba merosak atau menghina institusi beraja di negeri ini.

"Umno patut menyedari bahawa apa yang selama ini mereka katakan bahawa mereka mempertahankan ini (institusi Raja) tetapi mereka (Umno/BN) sendiri yang telah merosakkan apa yang mereka selalu sebut.

"Saya menasihatkan Idris supaya menerima ini sebagai suatu keputusan yang ditakdirkan sebagaimana yang beliau sendiri pernah sebut beberapa hari lalu akan menerima apa sahaja qada dan qadar,� ujarnya. - tajdid


New Source: Harakahdaily.net

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: