Monday, March 24, 2008

Komen Buliten Utama Yg Memualkan

"Faizal Johari" aiman_crs@yahoo.com

Salam,
Kepada pihak Buletin Utama dan stesyen TV di bawah naungan Media Prima, di sini saya ingin menyentuh sedikit perihal
penyampaian berita yang begitu memualkan dan banyak isu-isu semasa yang diputar-belitkan untuk santapan rakyat jelata.
Atas dasar demokrasi dan etika kewartawanan, adalah menjadi kewajipan untuk menyiarkan berita yang sahih dan benar.
Janganlah kerana mengikut telunjuk kerajaan bagai LEMBU DI CUCUK HIDUNG (mungkin Mr. Karam Singh Walia boleh
terjemahkan pepatah tersebut kepada Dato Farid, Dato Kamaruzaman dan semua orang2 atasan TV3 yang kaki ampu dan bodek kerajaan)
Sedarlah Rakyat telah membuat pilihan mereka dan menyahut cabaran Perdana Menteri " Yang Pantang Di Cabar", terimalah hakikat tersebut.
Kepada penerbit Buletin Utama mungkin kerana terpaksa, kerana takut periuk/dapur tak berasap terpaksa akur pada arahan/tugas, tapi ingatlah
rezeki ALLAH ada di mana2.
Disini saya mohon maaf diatas keterlanjuran bahasa, namun saya amat berharap agar kebenaran ditegakkan dan biarlah setiap intipati berita yang
disampaikan seimbang dengan laungan Malaysia sebuah Negara Demokrasi (jika benar) janganlah memalukan negara lagi, seperti mana yang telah
dimalukan oleh bekas Menteri Penerangan sebelum ini dalam temuramah dengan wartawan Al-Jazeera (nampak sangat mentaliti seorang Menteri
Penerangan di tahap tadika/rendah) .
Terus terang saya tegaskan disini, pada saat sebelum pilihanraya saya lansung menyampah dan meluat untuk mengikuti Buletin Utama sehingga
jika anak2 buka saja siaran TV3 saya akan suruh tutup sahaja (mula berita perkataan pertama yang keluar "Parti Barisan Nasional bla..bla..bla. ...
hingga 45 minit berlansung dan memburukkan pembangkang, nak tanya sikit "jahat sangatkah pihak pembangkang di Malaysia ni" fikirlah sikit)
Jangan sampai TV3 setaraf dengan Amerika Syarikat yang melabelkan semua orang Islam tu Pengganas.
Saya berharap selepas pilihanraya mungkin cara penyampaian dan intipati berita akan berubah, malah hingga ke hari ini asyik2 cerita BN/UMNO sahaja
hingga mengambil masa setengah jam waktu siaran, sedangkan banyak lagi isu2 semasa selain politik boleh disiarkan, ataupun pencari2 dan petugas/wartawan
berita sudah ketandusan modal untuk mencari berita. Baru2 ini saya terpaksa keluarkan belanja untuk mendapatkan khidmat Astro (Channel Awani)
kerana beritanya tidak berat sebelah. Apa boleh buat dah terpaksa.... .
Dan hentikan juga provokasi isu perkauman dalam berita anda, biarlah perkara itu di provoke oleh satu-satunya akhbar/media elektronik kerajaan yang sentiasa sensasi
meloyakan iaitu " Utusan Meloya " dan juga RTM. Hentikanlah "Spinner" anda kerana rakyat sudah pandai mengimbangi semua berita melalui akses internet dan pilihan
yang lain. Rakyat Malaysia semua telah matang dan dapat membezakan baik buruk dan tiada siapa pun yang hendak bergaduh sesama kaum, usaha
mengapi-apikan isu perkauman ini hanyalah permainan UMNO/BN dan dakyahnya disampaikan melalui berita anda dan sekutu2 anda.
Berubah LAH demi kebaikan dan jangan LAH jadi Pak Turut Sahaja.
Wassalam - Mohd. Faizal
(Nak bagitau kat hampa semua "UMNO hanyalah nama sebuah parti sahaja" dan "sebuah parti yang malang kerana mempuyai saf pimpinan yang korupsi", saya yakin anda mengetahui perkara tersebut tapi buta untuk memahami)


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: