Monday, March 24, 2008

klpos: "23 Adun BN T'ganu mungkin letak jawatan jika Ahmad Said tetap dilantik MB"...biarkan

"dato sri" projek.00@gmail.com

bagus la......cabaran untuk 23 ADUN T'ganu BN.......sila letak jawatan sekarang!!.. ...tunggu apa lagi....
sebelum ni kata nak pecat Ahmad Said.....tak berani pulak....cakap berdegar-degar. ...terutama si Denan tengku palsu tu.....
sebabnya, watikah perlantikan dari Istana dalah perlantikan secara rasmi untuk Ahmad Said sebagai MB T'ganu....kata pakar undang-undang la.....upacara angkat sumpah dsb tu hanyalah tradisi & istiadat.
Jika 23 ADUN nak bantah...... mereka kena tunggu sehingga dewan bersidang baru boleh buat undi tidak percaya....jika ini berlaku, sultan boleh minta nama cadangan yang lain sebagai calon MB.....
........ATAU. .....
...disebabkan T'ganu masih lagi tidak mempunyai kerajaan negeri untuk buat keputusan bubar dewan undangan, maka sultan sendiri boleh minta diadakan pilihanraya negeri sekali lagi.....kuasa yang diberikan khas kepada institusi Raja-raja Melayu untuk elak kebuntuan... .sepertimana yang mungkin sedang berlaku di T'ganu sekarang....
------------ --------- ---
"23 Adun BN T'ganu mungkin letak jawatan jika Ahmad Said tetap dilantik MB" Rosol Cetak E-mail
Oleh Bernama
Isnin, 24 Mac 2008

KL: Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Adun Kijal, Datuk Ahmad Said tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara Ahad malam, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua Adun berkenaan.

Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.

Ditanya sama ada tindakan mereka boleh dianggap sebagai mencabar institusi beraja negeri, Rosol menegaskan bahawa perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana mereka hanya patuh kepada perlembagaan parti, perlembagaan persekutuan dan menuruti kehendak presiden parti, selain selari dengan undang-undang tubuh negeri.
"Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut," katanya.

Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas. "Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya Adun Kijal berseorangan dalam perkara ini," katanya.

Terdahulu, Ahmad menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua Ketua Umno bahagian di Terengganu menyokong pelantikan Ahmad, Rosol berkata ada di antara ketua bahagian yang dinamakan itu menafikan perkara tersebut.

"Saya ada berjumpa dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tadi, ada dua tiga ketua bahagian menafikan apa yang dikatakan oleh Tengku Putera itu.

"Yang bersama-sama kita ialah Ketua Umno Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Ketua Umno Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Ketua Umno Setiu Datuk Mohd Jidin Shafiee," katanya.

Ditanya sama ada tindakan mereka boleh dianggap sebagai mencabar institusi beraja negeri, Rosol menegaskan bahawa perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana mereka hanya patuh kepada perlembagaan parti, perlembagaan persekutuan dan menuruti kehendak presiden parti, selain selari dengan undang-undang tubuh negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan diadakan Khamis ini bagi membincangkan dengan terperinci perkara berkenaan selain memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil ke atas Ahmad.

"Sehingga tempoh tersebut, kita akan berusaha mengadakan beberapa rundingan bagi mencapai kata sepakat. Kita tidak mahu parti berpecah belah dan masih berusaha untuk mencapai kesepakatan dan kestabilan," katanya.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: