Saturday, March 22, 2008

Kisah Kematian SUJATHA...(malaysia)

"Vijaya Kumar A/L Patmanathan" vijayakumar.p@my.panasonic.com


Parti Keadilan Rakyat (keADILan) akan mendedahkan sekurang-kurangnya
dua vcd yang melibatkan anak Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy
Vellu; S.Vellpari dan skandal diantara Shaila Nair (isteri kepada
Vellpari) bersama anak angkat Samy Vellu.

Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)
keADILan, S.Manikavasagam, selepas adik kepada mendiang Sujatha,
K.Ugendran memfailkan afidavit sivil saman terhadap ahli MPT tersebut.

Manikavasagam percaya tindakan Ugendran tersebut berpunca daripada
paksaan orang-orang tertentu di dalam Maika Holdings. Ugendran juga
seorang kakitangan di syarikat yang sama.

Saya percaya vcd tersebut dapat membuka mata orang ramai yang ingin
tahu kematian sebenar pelakon terkenal drama Tamil, K.Sujatha awal
Ogos lalu.

Adengan berahi menantu Samy Vellu

Menurut Manikavasagam, vcd pertama yang diterimanya memaparkan Shaila
Nair (isteri kepada Vellpari) yang sedang beraksi berahi dengan anak
angkat Samy Vellu yang juga Presiden kepada Kongres India Malaysia
(MIC).

Manikavasagam memberitahu bahawa satu salinan vcd tersebut telahpun
diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan bagi
membantu pihak polis menyiasat punca sebenar kematian Sujatha..

Beliau memberitahu bahawa Sujatha mengetahui hubungan sulit kedua-
duanya dan percaya cuba untuk mendapatkan wang ugutan daripada Samy
Vellu agar vcd tersebut tidak didedahkan.

Namun, Sujatha kemudiannya membuat salinan dan mengedarkan kepada
beberapa pihak yang akhirnya menimbulkan rasa marah kepada beberapa
individu.

Selain berlakon, Sujatha yang memiliki wajah yang cantik bekerja
sebagai pembantu peribadi kepada Vellpari di syarikat Maika Holdings.

Kronologi kematian Sujatha

VCD kedua ialah berkaitan dengan beberapa rakaman yang dibuat bermula
daripada Sujatha diisytiharkan mati.

VCD tersebut jelas menunjukkan mayat Sujatha yang mempunyai kesan
luka di badan, jelas bercanggah dengan afidavit yang dinyatakan oleh
Ugendran.

Berikutan daripada kematian misteri Sujatha, polis tidak membuat
sebarnag siasatan sehinggalah Manikavasagam membuat satu laporan
polis lain, sebulan selepas itu dan mendapat paparan media khususnya
media Tamil.

"Selepas tiga bulan, pihak polis masih lagi gagal memberi jawapan
kepada punca kematian sebenar Sujatha," terang Manikavasagam.

Daripada sumber yang diperolehi, Manikavasagam berkata Sujatha
mempunyai hubungan sulit dengan Vellpari sejak tujuh tahun yang lalu,
selain daripada hubungan kerja di Maika Holdings.

Manikavasagam memberitahu, kematian Sujatha dipercayai adalah suatu
yang dirancang oleh S.Vellpari.

"Berdasarkan kepada surat, dokumen, vcd, gambar dan keratan-keratan
akhbar yang dibekalkan, sebagai seorang yang prihatin kepada keluarga
mangsa yang teraniaya, saya mengambil risiko untuk mendedahkan
kematian Sujatha yang saya kira dirancang dan melibatkan beberapa
individu yang berpengaruh di negara ini," jelas Manikavasagam.

Manikavasagam yang memberitahu para wartawan dalam satu sidang media
hari ini bahawa beliau tidak gentar dengan ugutan yang dibuat oleh
adik kepada mendiang bahawa kematian mangsa sebenarnya berpunca
daripada kesilapan mangsa meminum racun paraquat yang disangkakan
ubat batuk.

"Kenyataan tersebut tidak boleh diterima kerana mangsa merupakan
seorang yang berpendidikan tinggi dan sudah tentu pandai membuat
perbandingan antara botol ubat batuk dan botol racun," kata
Manikavasagam.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: