Friday, March 14, 2008

Kerajaan Terbuka untuk rakyat gantikan BN sekarang (2)

"embundipagi" embundipagi@yahoo.com

Kedegilan Abdullah Penamat Buat UMNO

(Kickdefella) Abdullah enggan berundur. Lagaknya seperti UMNO bulat
bersamanya. Rakyat belum menolak UMNO sepenuhnya, tetapi Rakyat telah
menolak Abdullah buat selamanya. Jadi jika UMNO tergamak buat kali
terakhir ini membelakangi Rakyat dan tergamak membiarkan Abdullah
berpaut pada UMNO untuk teruskan Kerajaan Anak Menantunya, maka, sudah
tibanya masanya menerusi Agenda Pos Pilihanraya, Rakyat menolak UMNO
sekali bersama Abdullah.

Jika UMNO mahu terus memberi perlindungan kepada Abdullah, maka ada
baiknya UMNO kita biarkan jadi pembangkang. Dan saat itu, diharap UMNO
akan terus mempertahankan Abdullah supaya dia kekal dalam lipatan
sejarah sebagai Presiden UMNO yang pertama menjadi Ketua Pembangkang
di bumi yang UMNO gelar Tanah Melayu.

Mungkin benar UMNO adalah pengawal ketuanan Melayu tetapi ada baiknya
kali ini UMNO menjadi pengawal ketuanan Melayu sebagai Barisan
Pembangkang di Dewan Rakyat bersama dengan 5 negeri lain di Malaysia.

Sebuah Kerajaan Terbuka perlu mengambil alih teraju pemerintahan
negara sementara UMNO mengambil langkah mengenali diri dan mengenali
siapa mereka. Adakah mereka benar-benar pejuang Melayu atau mereka
hanyalah pejuang untuk mendapatkan ekuiti Melayu dalam perniagaan.

Bagi Wakil-Wakil Rakyat UMNO yang sedar bahawa mereka benar-benar
pejuang Melayu, mereka bolehlah tinggalkan BN sekarang dan sertai
Barisan Rakyat menubuhkan sebuah Kerajaan Terbuka bersama pejuang hak
masyarakat Cina, masyarakat India, pejuang masyarakat Dayak, Iban,
Kadazan, pejuang hak asasi Manusia, pejuang kebebasan beragama,
pejuang Bangsa Malaysia dan Pejuang-Pejuang Islam.

Seperti yang saya jelaskan di dalam posting sebelum ini, Barisan
Rakyat hanya perlu 30 kerusi Dewan Rakyat untuk memberi peluang kepada
UMNO mengubati dirinya bersama Abdullah Ahmad Badawi.

UMNO telah membuat pilihan menolak suara rakyat dengan berdiri bersama
Abdullah. Ini beerti UMNO telah membuat keputusan untuk mengubati
dirinya bersama Abdullah.

Setelah empat tahun berehat sementara rakyat menderita, adalah amat
tidak adil bagi rakyat membenarkan UMNO terus memerintah sambil
merawat diri sendiri.

Tibalah masanya tahun 2008 menjadi Tahun Merawat UMNO. Dan sementara
UMNO merewat dirinya, biarlah UMNO menjadi Pembangkang dan Rakyat
memerintah bersama sebuah Kerajaan Terbuka.

Mungkin Tengku Razaleigh Hamzah bersedia untuk memberi 1 kerusi
Parlimen kepada Barisan Rakyat. Mungkin Tengku Razaleigh boleh membawa
bersamanya setidak-tidaknya 10 lagi kerusi Parlimen buat Barisan
Rakyat. Mungkin Pemimpin Kaum Kadazan dan Dusun di Sabah, Pemimpin
Kaum Melanau dan Iban di Sarawak juga mahu menyertai Barisan Rakyat.
Mungkin 3 kerusi MIC yang kini sudah pasti tidak lagi berupaya membela
nasib Kaum India juga beralih arah demi masa depan Masyarakat India
dengan menyertai Barisan Rakyat. 30 amatlah sedikit jumlahnya dan
mungkin ramai juga patriot di dalam UMNO, MCA dan PBB dapat membawa 30
kerusi itu dengan ikhlas memperjuangkan rakyat dan bukan untuk mengisi
poket mereka.

Rakyat menghitung hari mentadbir Malaysia. Barisan Rakyat menghitung
kerusi untuk menubuhkan Kerajaan terbuka. Patah Sayap Terbang Juga!

Source: Kickdefella
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: