Wednesday, March 12, 2008

Kerajaan DAP Pulau Pinang Mansuh Saman

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Kerajaan DAP Pulau Pinang Mansuh Saman
Inilah contohnya negeri berkebajikan, sungguhpun negeri Pulau Pinang kini ditadbir oleh bukan Islam dan berbetulan pula dari parti DAP. Ini tidak menghalang rakyat untuk faham erti kebajikan pemimpin kepada rakyat.
Negeri Berkebajikan adalah penilaian rakyat kepada kerajaan yang mana istilahnya tidak semuanya percuma walaupun kerajaan DAP Pulau Pinang tergadai ataupun hilang pendapatan dari hasil saman negeri.
InsyaAllah sekiranya Islam yang mentadbir, lebih baik dari kebajikan akan terjamin sebagai hak rakyat, kerana jaminan Islam untuk Aman,Selamat & Sejahtera.
Sejurus selepas mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng memansuhkan semua kompaun dan saman kesalahan meletak kenderaan dan lesen penjaja yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP).
Beliau berkata tindakan tersebut adalah bagi meringankan beban rakyat yang mempunyai saman tertunggak.

"Kami telah berjanji untuk menjaga golongan miskin dan berpendapatan rendah," katanya dalam sidang akhbar selepas dilantik sebagai ketua menteri yang baru.
Bagaimanapun, katanya, pemansuhan itu berkuatkuasa bagi kesalahan yang dilakukan sebelum hari ini.
Lim berkata tindakan saman dan kompaun ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan semula mulai esok.
Sebelum itu, Lim yang juga setiausaha DAP Lim Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru.
Majlis itu, yang turut dihadiri bapanya Lim Kit Siang, diadakan di kediaman rasmi Gabenor di Seri Mutiara.
K'jaan DAP pertama
Kerajaan DAP ini pertama kali dalam sejarah politik negara. Pulau Pinang sebelum ini diperintah Gerakan, dalam gabungan BN, sejak 1969.
Turut hadir, isteri tokoh muda pembangkang ini Betty Chew yang juga wakil DUN Kota Laksamana, Melaka, dan juga bekas ketua menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, DAP menang 19 kerusi Dewan undangan Negeri di Pulau Pinang, diikuti oleh PKR (9) dan PAS satu kerusi.
Lim, 48, anak kelahiran Johor, memenangi kerusi DUN Air Putih dan kerusi Parlimen Bagan. Beliau berkelulusan perakaunan dan ekonomi dari Universiti Monash University, Australia.
Beliau bekerja sebagai pegawai bank sebelum bertanding dan menang kerusi Kota Melaka pada 1986.
Mula aktif
Lim yang ketika itu berusia 26 tahun, menewaskan bekas pemain bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun dengan majoriti 17,606 undi.

Bagaimanapun, Lim terpaksa melepaskan parlimen Kota Melaka pada 1999 kerana menjalani hukuman penjara selama 12 bulan atas kesalahan di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan.

Ekoran itu, beliau dilarang aktif dalam bidang politik selama lima tahun dari 26 Ogos 1999 hingga 25 Ogos 2004.
Beliau terlepas dua kali pilihanraya umum (pada 1999 dan 2004) dan hanya layak bertanding semula pada pilihanraya umum ke-12 Sabtu lalu.
Selain pulau mutiara, parti-parti pembangkang turut merampas tiga lagi negeri - Kedah, Perak dan Selangor.
Kelmarin pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Abdul Razak, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, sehari selepas negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.
Bagaimanapun Perak dan Selangor belum menyelesaikan dengan jelas bakal MB pakatan tiga parti pembangkang itu.
Bagi BN, masalah pelantikan MB dilaporkan berlaku di Perlis dan Terengganu.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: