Sunday, March 2, 2008

Kenyataan Media Parti KeADILan Rakyat / Selamat, Lah?

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



Din Merican

Kenyataan Media Parti KeADILan Rakyat

NEGARA HAMPIR BANKRAP KERANA KORUPSI DAN PEMBAZIRAN

Pemimpin-pemimpin UMNO-BN bukan main takut lagi dengan Manifesto KeADILan, PAS dan DAP. Mereka menggunakan TV, radio dan akhbar untuk menyelewengkan dan menyerang manifesto-manifesto tersebut. Sebaiknya TV sama sekali tidak memberikan liputan kepada pelancaran manifesto KeADILan. Liputan akhbar cuba memperlekeh.

Walaupun manifesto KeADILan, PAS dan DAP berlainan, terdapat banyak perkara penting yang sama. Yang utama sekali ialah semuanya berikrar menggunakan kekayaan negara untuk faedah rakyat ramai, terutama yang miskin serta berpendapatan rendah, bukan untuk mengkayakan lagi segelintir yang berkeluarga atau berkaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama UMNO-BN, yang merompak kekayaan negara itu.

KeADILan antara lain menjanjikan harga minyak turun, tol lebuhraya terkawal serta tidak naik lagi dan gaji minimum untuk para pekerja pada paras RM1500 sebulan dilaksanakan.

Harga minyak boleh diturunkan sesuai dengan kenaikan harga pasaran dunia untuknya, sebab Malaysia selaku pengeksport bersih minyak mendapat utung yang bertambah besar dari penjualannya. Sebahagain dari untung boleh diguna untuk menurunkan harga.

Tol lebuhraya boleh dikawal sekiranya kerajaan tidak menurut saja kehendak dan kepentingan syarikat serta tokoh-tokoh korporat yang rakus, kebanyakannya berkait rapat dengan pemimpin-pemimpin utama UMNO.

Gaji minimum boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan benar-benar mahu menolong para pekerja dan sanggup bertindak tegas supaya pihak majikan atau pemodal yang memiliki syarikat-syarikat besar sanggup berkongsi keuntungan yang mereka kaut untuk digunakan bagi menaikkan taraf hidup para pekerja.

Semua langkah ini akan menolong rakyat ramai dan boleh memurah serta memudahkan lagi penghidupan mereka. Akan tetapi pemimpin-pemimpin besar UMNO-BN tidak mahu melaksanakannya kerana lebih memikirkan kepentingan hanya segelintir saja yang memang sudah berkuasa dalam bidang ekonomi dan politik.

Janji-janji KeADILan tidak akan menimbulkan masalah kewangan kepada negara. Sekarang ini masalah kewangan yang menuju kepada keadaan negara hampir bangkrap timbul dari korupsi dan pembaziran yang dilaku dan dibiarkan oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO-BN. Mereka berbohong besar konon hendak menghapuskan penyakit ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden KeADILan


Penarik Beca

Selamat, Lah?

Kemenangan BN penting bagi memastikan rakyat dan negara, aman makmur serta selamat - PM, Utusan Malaysia 27/2/2008
Dalam masa empat tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri, jenayah meningkat sehingga 45 peratus. Memburukkan keadaan, Abdullah sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri membuktikan beliau tidak tahu apa-apa pun apabila bertanya "Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?"


(Ihsan Malaysiakini)

Dalam tulisan bertajuk bertajuk "Crime and quality of life" dalam ruangannya "Point of View" dalam Sunday Star, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menyatakan, "Saya dan keluarga saya tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di Kuala Lumpur".
Barisan Nasional (BN) menyifatkan manifesto tiga parti pembangkang untuk pilihan raya umum kali ini sebagai janji yang tidak bertanggungjawab dan semata-mata bertujuan memancing undi tanpa mengambil kira kemampuan negara.

Manifesto pembangkang - masing-masing oleh Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) - juga dilihat sebagai lebih menjurus kepada taktik pembangkang menipu rakyat dengan menabur janji manis yang tidak mungkin dapat mereka tunaikan - TPM (Berita Harian, 27/2/2008)

*****
Menurut Dr Mahathir, orang menentang Perdana Menteri bukan kerana janji-janjinya tidak bagus tetapi kerana janji-janji itu tidak dilaksanakan.

"Dan ia tidak dilaksanakan kerana sebenarnya tiada kesungguhan. .. Kita tahu bahawa beberapa projek telah diberikan (kepada beberapa pihak), tetapi kita tidak melihat tender diiklankan. Sebagai contoh, (projek) jambatan kedua Pulau Pinang yang sepatutnya diberikan kepada UEM, saya fikir... tidak ada tender sebenar (untuk projek itu)," katanya.

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: