Tuesday, March 25, 2008

Kemenangan besar untuk perjuangan menentang ISA

"r r" alternatif2007@yahoo.com



Saturday, 15 March 2008
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada tahanan dan bekas tahanan ISA yang telah memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang dijalankan pada 8 Mac 2008 yang lalu. Seramai 14 daripada 17 orang calon yang bertanding berjaya memenangi dalam setiap kawasan yang mereka tandingi. Kemenangan mereka merupakan satu kemenangan yang besar kepada perjuangan GMI.

Ini selari dengan tajuk kenyataan media GMI pada 5 Mac 2008 iaitu beberapa hari sebelum hari mengundi, �Sokong calon tolak ISA, Tolak calon sokong ISA�. Ternyata rakyat menyokong calon yang menolak ISA dan menolak calon yang menyokong ISA!

Antara yang bertanding dan menang adalah:

Nama/Kawasan/ Pencapaian

1 M.Manoharan, N.48 DUN Kota Alam Shah - Menang
2 Dr Badrul Amin Bahron, P.092 Sabak Bernam, DUN N.13 Kuang - Kalah
3 Saari Sungib, N.18 DUN Hulu Kelang - Menang
4 Khalid Samad, P.108 Shah Alam - Menang
5 Dr Nasir Hashim, DUN N.39 Kota Damansara - Menang
6 Koh Swe Yong, P.017 Selayang - Kalah
7 Lim Kit Siang, P.064 Ipoh Timur - Menang
8 Lim Guan Eng, P.043 Bagan - Menang
9 Karpal Singh, P.051 Bukit Gelugor - Menang
10 Tan Seng Giaw, P.114 Kepong - Menang

11 Tian Chua,
P.115 Batu
Menang

12 Wee Choo Keong
P.116 Wangsa Maju
Menang

13 Tan Kok Wai
P.123 Cheras
Menang

14 Mohamad Sabu
P.036 Kuala Terengganu
Kalah

15 Mahfuz Omar
P.008 Pokok Sena,Kedah
Menang

16 N. Gobalakrishnan
P.017 Padang Serai Kedah
Menang

17 Ibrahim Ali
P.022 Pasir Mas
Menang


GMI amat berbangga dengan keberanian, semangat dan perjuangan yang ditunjukkan oleh mereka, khususnya oleh Saudara Manoharan Malayalam yang kini masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting. Beliau telah ditahan tanpa bicara dan tanpa peluang pembelaan sejak 13 Disember 2007 bersama dengan empat orang lagi pemimpin Hindraf.

Dengan kemenangan tahanan dan bekas tahanan ISA, terutamanya saudara Manoharan di DUN Kota Alam Shah dengan majoriti sebanyak 7,184 undi, ini menunjukkan bahawa rakyat tolak kezaliman penahanan tanpa bicara dan menuntut keadilan untuk semua tahanan mendapat hak dibicara di dalam mahkamah terbuka dan hak dianggap sebagai tidak bersalah sehingga diputuskan oleh mahkamah. GMI mendesak kerajaan pusat Barisan Nasional supaya mendengar mesej rakyat yang jelas ini dan membebas atau mendakwa tahanan-tahanan di mahkamah. Adalah juga jelas bahawa rakyat menuntut ISA dimansuhkan.

GMI juga mendesak kerajaan untuk menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dan pengundi di DUN Kota Alam Shah dan membebaskan beliau daripada ISA dengan segera. Beliau mestilah diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab beliau memberi khidmat kepada rakyat yang memilihnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 21 (1) dan (3) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948:

Perkara 21 (1) - �Setiap warganegara adalah berhak untuk mengambil bahagian di dalam urusan pemerintahan negara, samada secara langsung atau menerusi wakil pilihan bebas mereka�.

Perkara 21 (3) - �Iltizam rakyat akan dijadikan asas pemerintahan kerajaan; iltizam ini akan dizahirkan dalam pilihan raya yang berkala dan sah menerusi hak memilih yang saksama dan sejagat, dan akan diadakan secara undi rahsia atau dengan prosedur pengundian yang bebas�.

GMI melihat penafian hak rakyat untuk diwakili oleh wakil pilihan mereka dalam pemerintahan Negeri adalah satu pencabulan hak asasi yang besar dan mesti diberikan perhatian.

Dalam pada itu, GMI berharap kemenangan tahanan dan bekas tahanan ISA yang disokongi oleh parti masing-masing akan menandakan kelantangan suara membantah apa juga perundangan dan akta yang zalim, khususnya ISA di Parlimen dan DUN. Ini natijah daripada kebangkitan suara rakyat. Wakililah rakyat dengan sebaik-baiknya tak kira bangsa, kaum atau agama, lebih-lebih lagi mereka yang dizalimi.

GMI meletakkan harapan tinggi bahawa nasib tahanan dan keluarga tahanan ISA dapat terus dibela. Mereka merupakan mangsa politik. Kini sudah ada tahanan yang dilanjutkan tempoh penahanan untuk dua tahun lagi setelah cukup enam tahun. Masih ramai yang menunggu nasib yang sama.

GMI berharap 15 tuntutan pilihanraya umum yang dikeluarkannya pada 27 Februari 2008 akan mendapat perhatian serius parti, ahli parlimen dan Adun yang berkenaan dan dijadikan sebagai landasan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

GMI bersedia untuk memberikan sokongan dan kerjasama yang sewajarnya demi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Mansuhkan ISA! Bebaskan Semua Tahanan! Tutup Kem Tahanan Kamunting!

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi GMI
12 Mac 2008


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: