Tuesday, March 25, 2008

Kemelut MB Terengganu (4) - Langkah Seterusnya �

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com


Posted on Tuesday, March 25 @ 08:25:59 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh ibrahim baba



 Perlantikan MB sudah selesai. Majlis angkat sumpah hanyalah suatu formaliti sahaja.


Langkah seterusnya, selepas majlis angkat sumpah, ialah bagi MB yang baru dilantik untuk memanggil sidang DUN. MB mempunyai sekitar 60 hari lagi untuk beliau bermain dengan masa untuk melengahkan sidang DUN pertama penggal ini.


Ini bermakna beliau mempunyai 60 hari lagi untuk mengelak dari undi tidak percaya dari bekas rakan-rakan UMNOnya.


Dalam tempoh yang ada ini ialah masa untuk beliau mempamerkan kelincahan politiknya untuk memenangi beberapa sokongan dari 22 yang berkeras untuk menderhakai perlantikan Tuanku. Mat Said hanya perlu lapan (8) orang lagi ADUN dari UMNO untuk berani meninggalkan kelompok yang telah menderhakai Tuanku dengan mengelarkannya dengan panggilan �natang� untuk mencukupi bilangan minima [berpakat bersama ADUN PAS untuk membentuk kerajaan campuran] untuk mengelakkan dari dilucutkan dengan undi tidak percaya semasa sidang DUN nanti.

Sudah pun ada ura-ura yang mengatakan tidak kurang dari 11 ADUN UMNO yang setuju dalam diam untuk menuruti Mat Said untuk mentaati perkenan Tuanku dan bersedia untuk dilucutkan keahlian UMNO.

Lapan atau sebelas orang ini dan termasuk Mat Said mempunyai banyak pilihan jika dilucutkan keahlian mereka. Mereka boleh menyertai PAS. Jika mereka rasa terlalu sukar untuk menyertai sebuah parti yang mereka sudah berpatah arang, mereka boleh menyertai KeADILan. Dan jika masih tidak mahu, mereka boleh kekal dengan seorang ADUN Bebas tanpa parti (tidak menjadi apa-apa masalah).

MB baru perlu menembusi sekatan dan kepungan yang dilakukan terhadap 22 ADUN yang telah dikenakan kepada mereka bagi mengelakkan dari bertukar kem.

Jika ini dapat dilakukan oleh Mat Said, maka mereka yang tetap berkeras dengan kesetiaan mereka kepada Idris akan berputih mata. Dan kita akan tuntut pula mereka untuk letak jawatan seperti mana ugutan mereka sebelum ini.
Sekian, IB


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: