Thursday, March 13, 2008

Kelantan negeri pertama umum perlantikan exco

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Kelantan negeri pertama umum perlantikan exco Cetak E-mail
Oleh Mohamad Mukhreez
Rabu, 12 Mac 2008


KERAJAAN negeri Kelantan menjadi kerajaan pertama yang mengumumkan barisan exconya dengan diketuai oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Pengumumkan barisan exco tersebut menyaksikan tiga anggota Exco digugurkan dan digantikan dengan tiga muka baru termasuk seorang wanita.

Tiga Exco yang tidak disenaraikan itu ialah Zulkefli Mamat (Adun Pulai Conhong), Hassan Mahmood (Adun Tawang) dan Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Adun Gaal).

Manakala tiga muka baru yang disenaraikan ialah Dr Mohamad Fadzli Hassan (Adun Temagan), Che Abdullah Mat Nawi (Adun Wakaf Baru) dan exco wanita Wan Ubaidah Wan Omar (Adun Kijang).

Bekas Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob (Adun Pasir Pekan) yang disebut-sebut turut digugurkan dilantik semula ke jawatan tersebut.

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan menggantikan Ahmad Yaakob untuk jawatan tersebut.

Husam yang bertanding di Dun Salor bagaimanapun kekal sebagai exco bersama Mohd Amar Nik Abdullah (Adun Panchor), Takiyuddin Hassan (Adun Bunut Payung), Mejar Anizan Abdul Rahman, (Adun Kemahang) Datuk Annuar Tan Abdullah (Adun Kota Lama), Abdul Fatah Mahmood (Adun Bukit Panau).

PAS memenangi 38 kerusi Dun manakala Umno hanya enam kerusi, satu lagi kerusi dimenangi oleh calon PKR dalam pilihanraya baru-baru ini.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: