Thursday, March 6, 2008

Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

"Mujahid 2020" attakiri2004@yahoo.com.sg

1. Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah
pengekspot minyak. Dari tahun 2000 � 2006, harga minyak telah
meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun
2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

2. Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun
kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun
2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya.
Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun
untuk membayar konsesi tol.

3. Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan
harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar
oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak
menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di
kampong-kampung.

4. Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih
tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera
RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah
telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun
memerintah.

5. Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan
ekonomi:

a. Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali � rugi RM10.4 billion.
b. Kerugian Perwaja Steel � rugi RM10 billion.
c. Bailout Indah Water Konsortium (IWK) � rugi RM200 juta.
d. Bailout Konsortium Perkapalan Berhad � rugi RM1.7 billion.
e. Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit
Petronas untuk membeli saham Proton � rugi RM1 billion.
f. Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1
billion lebih dari harga pasaran.
g. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli
saham-saham Timedotcom yang tidak laku � rugi RM3.3 billion.
h. Bailout LRT PUTRA dan STAR � rugi RM6 billion.
i. Bailout Renong/UEM � rugi RM12 billion.
j. Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun � rugi RM950 juta.
k. Hutang tertunggak InventQjaya � rugi RM228 juta
l. Pampasan Jambatan Bengkok � rugi RM257 juta
m. Pampasan pembatalan Broga Incinerator � rugi RM500 juta
n. Kerugian membeli saham Agusta � rugi RM510 juta
o. Skandal Port Klang Free Zone � rugi RM4.6 bilion
p. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) � rugi RM6.75 bilion
6. Penjualan MV Agusta pada harga 1 Euro sedangkan syarikat tersebut
dibeli dengan harga 70 juta Euro.

7. Pengagihan projek yang tidak telus � dikuasai oleh kroni2 � Patrick
Lim dan Kamaluddin � taman tamadun islam, penang city center

8. Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal � jumlah
RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan
pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3
billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

9. Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion
kepada RM165 billion.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: