Saturday, March 29, 2008

KeADILan Kelana Jaya Bantu Isytiharkan Harta Menteri Baru

"faisal mustaffa" faisal_angkatanmuda@yahoo.com

24 Mac 2008

KENYATAAN MEDIA

KeADILan Kelana Jaya Bantu Isytiharkan Harta Menteri Baru

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kelana Jaya mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya menteri dan timbalan menteri yang dilantik mengisytiharkan harta mereka.

Namun begitu, kami berasa kecewa dengan perlantikan beberapa anggota kabinet yang baru dilantik kerana jelas mempunyai rekod yang buruk dan sesungguhya tidak layak memegang jawatan dalam kabinet.

Senator Tan Sri Muhammad Muhamad Taib (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

Beliau ialah bekas Menteri Besar Selangor. Muhammad pernah ditahan di Jabatan Imigresen Australia, Lapangan Terbang Australia atas kesalahan membawa USD2 juta dalam bentuk tunai tanpa mengisytiharkannya terlebih dahulu.

Beliau telah dibicarakan di Mahkamah Australia. Bagaimana pun, Mahkamah telah menerima hujah peguam beliau ekoran kekeliruan terhadap papan tanda di lapangan terbang tersebut yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.


Semasa perbicaraan tersebut juga beliau memohon supaya menyediakan khidmat seorang pakar bahasa dari Universiti Malaya sebagai penterjemah.


Sehingga kini, beliau masih tidak menyatakan tujuan utama wang tunai sebanyak itu dibawa masuk ke Australia dan punca memiliki wang sebanyak itu.

Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad (Menteri Kerja Raya)

Satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap beliau pada 2001
kerana didapati
menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering)
di antara kedua-dua negara; Malaysia dan Bangladesh.
Syarikat Silkway Cargo yang dipengerusikan oleh Mohamed Zin telah pun
diambil tindakan undang-undang oleh kerajaan Bangladesh pada tahun 2007.
Pengarah Urusan Silkway
Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed
(Manik) juga telah mengaku memberi rasuah kepada dan memindahkan wang
secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank
Negara Bangladesh.

Menurut pengakuan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Silkway Cargo itu, melalui laporan akhbar Prothom Alo (31 Julai 2007), Bhorer Kagoj (12 November 2007), Daily Star (30 November 2007), Daily Ittefaque (3 Ogos 2007) beliau sememangnya telah menjalankan pemindahan wang secara haram kepada Mohd Zin melalui sama ada setiausaha Mohd Zin, Hasnita binti Ahmad Bastaman (di Maybank, Cawangan Shah Alam melalui akaun nombor 512101058235) mahupun adiknya Mustafa Zain di Maybank, EON Bank dan Public Bank Berhad bagi mengelak sebarang bukti.

Wang juga dipercayai diseludup oleh Manik ke negara ini melalui beg pakaian
setiap beliau melawat negara ini. Pemindahan wang tersebut dijalankan dari
21 September 2000 sehingga 2 Ogos 2007.
Manik juga mengaku bahawa beliau telah membiayai semua perbelanjaan
kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh; Tareque dan Arafat Rahman (Coco)
untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.
Manik kini sudah pun dibebaskan pada 10 Disember lalu dengan dikenakan
denda sebanyak 50
crore Taka (RM25 juta). Manik juga didapati kes yang masih tertangguh
dengan aset yang tidak diisytiharkan berjumlah 150 juta crore Taka (RM 75
juta).
Wang tersebut dipercayai dipunyai oleh Tariq Zia dan Arafat Rahman (Coco).
Kedua-dua mereka merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleeda Zia.
Zin memiliki 49% saham Sikway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindahkan
ke akaun Zin secara haram.
Sebagai Pengerusi Silkway Cargo, Mohd Zin
yang memegang 49 peratus saham syarikat sepatutnya berkongsi liabiliti yang
ditanggung itu. (rujuk Deed of Agreement of Joint Venture Company yang
ditandatangani pada 18 September 2000).
Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri sebelum ini, Zin berterusan
menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini
bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan
Menteri.
Sehingga kini, Zin sudah pun menerima wang secara haram melebihi RM10 juta
daripada Silkway Cargo.
Pemindahan wang haram itu bercanggah dengan peraturan Bangladeshi Bank dan
Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunapakai oleh Zin dikenali sebagai
�hundi� kadang-kadang dibawa melalui beg pakaian melalui KLIA.
Zin juga dipercayai tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau
perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
dan Pengarah BPR,
DatukSeri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang
tindakan diambil terhadap Zin.
Mohd Zin juga diketahui bersubahat dengan Badul, seorang yang amat
dikehendaki oleh pihak berkuasa Bangladesh iaitu Directorate General Forces
Intelligence (DGFI). Mohd Zin dipercayai memberi perlindungan kepada Badul
yang kini berada di Malaysia.
Bersama-sama Badul, Mohd Zin mengendalikan perniagaan pembekalan buruh-buruh
Bangladesh ke negara ini yang melibatkan
seramai 5000 pekerja yang kini menjadi masalah menyediakan pekerjaan untuk
mereka. Mohd Zin dibayar RM20 juta bagi meluluskan pembawaan itu melalui
kerajaan Malaysia di atas pengaruh
beliau.
Sehingga 23 Ogos 2006, KeADILan mendapaat maklumat bahawa Zin dan/atau
isteri-isterinya memiliki harta seperti berikut:
  
a.    Sebuah banglo beralamat di No 1, Jalan 8/8 Shah Alam.
b.    Sebuah banglo beralamat di No 19 Jalan Tepian 8/2 Shah Alam.
c.    Sebuah banglo yang terletak di belakang pejabat IPS Shah Alam.
d.
Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 29, Jalan USJ 22/2
UEP Subang Jaya.
e.    Sebuah kereta Mercedes S Class bernombor plat BEQ 19
f.     Sebuah kereta Toyota Harrier
g.   Sebuah kereta BMW 318i
h.   Sebuah kereta Hond CRV
i.     Sebuah Volvo S 70
j.  
Sebuah Porche
k.    Sebuah Mercedes E-Class
l.     Sebuah motosikal Harley Davidson berkuasa tinggi
  
Dato Mohd Zin bin Mohamed juga sudah membuat pengakuan kepada media bahawa
apa yang beliau lakukan selama ini ialah bayaran untuk kerja
�melobi�. (Malaysiakini, 23 Nov 07).
Dikeluarkan oleh:
FAISAL MUSTAFFA
Setiausaha
Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kelana Jaya


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: