Monday, March 24, 2008

Keadaan Adun Galas tetap stabil

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

Keadaan Adun Galas tetap stabil
Lanjusoh
Sun | Mar 23, 08 | 6:56:13 pm MYT
KOTA BHARU, 23 Mac (Hrkh) - Adun Galas, Chek Hashim Sulaima yang terbabit dengan kemalangan jalan raya di Gua Musang Jumaat lalu, pagi tadi dipindahkan ke wad rawatan rapi (ICU) memandang beliau menghadapi kesukaran bernafas malam tadi.

Bagaimanapun keadaannya masih stabil. Pemindahan ke wad tersebut bagi membolehkan beliau berehat sepenuhnya memandangkan terlalu ramai tetamu yang menziarahi ketika ditempatkan di wad 30 Hospital Raja Perempuan Zainab II.

ImageManakala isterinya Aida Zakaria, 40 dipindahkan ke Wad Dahlia dari Wad 28 dan anak bongsunya dipindah dari Wad Anggerik ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama. Namun keadaan anaknya stabil.

Isterinya juga kini sedar sepenuhnya dan mengenali saudara mara dan kenalan yang datang menziarahinya.

Beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala, patah bahagian tulang bahu serta kaki. Kakinya juga disimen ketika mendapat rawatan awal di Hospital Kuala Krai.

Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad berkata, Chek Hashim dipindahkan ke wad ICU selepas beliau mengadu kesukaran bernafas malam tadi selepas makan buah limau.

�Pemindahan ke wad ICU bagi membolehkan beliau berehat dengan lebih selesa dan kurang menerima kehadiran tetamu. Beliau masih sedar dan kenal orang yang datang menziarahinya.

�Malah beliau mengangkat tangan apabila tetamu bergilir-gilir menziarahinya dalam wad tersebut. Keadaan anak bongsunya juga stabil cuma diletak di bawah jagaan rapi akibat pendarahan dalam perut,� katanya yang juga doktor perubatan.

Oleh itu beliau menasihat orang ramai terutamanya rakyat di Gua Musang tidak bimbang dengan perkembangan kesihatan Adun Galas biar pun beliau ditempatkan sementara di wad ICU.

Turut menziarahi hari ini, anggota-anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Chek Abdullah Mat Nawi dan Wan Ubaidah Omar.

Dun Galas menarik perhatian ramai apabila Chek Hashim berjaya memenangi kawasan itu pada pilihan raya umum lalu, sedangkan Dun itu dianggap sebagai kubu tradisi Umno.

Pada 1990 dan 1995 kawasan itu diwakili Adun Semangat 46, Haji Omar Mohamad dan pilihan raya 1999 dan 2004 dimenangi calon BN, Mohd Saufi Deraman. - mj


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: