Saturday, March 29, 2008

Kasihan Umno Yang Malang

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Kini berakhir sudah episod tragis kisah perlantikan MB Terengganu yang menyaksikan Dato Seri Idris Jusoh gagal mempertahankan jawatannya setelah beliau ditolak oleh Istana Terengganu dan digantikan dengan Datuk Ahmad Said
Suara rakyat suara keramat, Daulat Tuanku. Umno merancang Allah merancang tetapi perancangan dan takdir dari Allah mengatasi segalanya, Umno Terengganu dan Majlis Tertinggi Umno terpaksa akur dengan nasib yang tidak menyebelahi mereka.
Derhakanya Umno kepada Sultan bukan kepalang, kalau Tuhan mereka lawan selama ini dengan menafikan amanah dan janji manusia kepada Allah inikan pula Sultan.
Mana puak-puak Umno nak letak muka, 23 Adun BN sebelum ini yang biadap kini senyap tanpa mampu membuat apa-apa kenyataan. Mulut mereka di 'zip rapat' dengan dipaksa akur dengan keputusan Istana setelah Pak Lah terpaksa mengalah kepada Sultan dengan menggunakan Majlis Tertinggi Umno sebagai penentu keputusan untuk menjaga air muka Pak Lah yang layu di Putrajaya.
Kemelut dalaman Umno tidak berakhir disitu sahaja, selepas ini mereka masih ada perang sesama mereka sendiri untuk menentukan siapakah yang akan menerajui pucuk pimpinan Umno semasa Perhimpunan Agong Umno yang ditetapkan pada Disember nanti.
Pemilihan Umno yang sebelum ini telah ditunda untuk memberi perhatian dan tumpuan kepada persiapan jentera pilihanraya UmnoBN kini memakan diri mereka sendiri.
Pemilihan ini dilihat sangat penting memandangkan UmnoBN walaupun masih menguasai Malaysia, mereka sudah semakin hilang moral dan sokongan rakyat setelah mereka kehilangan 5 negeri kepada pakatan Barisan Rakyat yang membuatkan pemimpin-pemimpin Umno berjurai air mata menahan kepedihan dan kesakitan kalah dalam pilihanraya.
Kabinet Pak Lah yang baru sahaja dilantik 8 hari yang lalu sahaja sudah cukup menggambarkan betapa rapuhnya pakatan Barisan Nasional yang selama ini sibuk dengan agenda Nasional menipu dan merompak duit rakyat.
Penarikan diri Ahli Parlimen dari Sabah & Pahang dari menjawat jawatan Timbalan Menteri dan yang terbaru seorang lagi Ahli Parlimen dari Sabah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri setelah tidak sanggup duduk dibawah kabinet yang digelar kabinet Khairy sudah cukup menggambarkan lemahnya Perdana Menteri Malaysia ini yang diberi nama Pak Lah Badawi.
Suasana politik negara kini semakin menarik untuk pakatan pembangkang mengatur gerak dan strategi akan datang untuk menawan Malaysia. Padan muka Umno, lain kali dengarlah masalah rakyat,tolong rakyat dan jangan khianat, sekarang terimalah padahnya...Pak Lah, Pak Lah cepat-cepatlah letak jawatan....

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: