Wednesday, March 19, 2008

Kabinet KJ

"angkatanmewah_45" angkatanmewah_45@yahoo.com.my

Kabinet Khairy Jamaluddin: Dua orang tolak jawatan Timbalan Menteri!

aminiskandar


Sebenarnya, Khairy Jamaluddin mahu menjadi Menteri Penuh. Kenyataan yang beliau tiada niat untuk menjadi menteri selagi Pak Lah masih berkuasa adalah penipuan semata-mata. Beliau mahu laluan yang cepat dan selamat selagi Pak Lah berkuasa.


KJ sepatutnya mahu menjadi Menteri Belia dan Sukan. Akan tetapi apabila Pak Lah mengumumkan perkara ini didalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu, beliau mendapat bantahan yang hebat. Menurut sumber dalaman Umno, Muhyiddin Yassin dan Rafidah Aziz adalah penentang yang paling lantang membantah perlantikkan Khairy ke dalam kabinet.


Rafidah Aziz yang paling marah sehinggakan menghentak meja, tegas dengan pendiriannya bahawa Khairy Jamaluddin perosak Umno. Akhirnya Rafidah dikorbankan daripada dilantik kembali menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa.


Muhyiddin tidak dapat dikorbankan kerana Pak Lah bergantung kepada Naib Presiden Umno itu untuk terus kuat dalam Umno. Pak Lah yang pasti akan dilawan oleh Rafidah dan Wanita Umno tidak mampu untuk berlawan dengan banyak pihak. Sebab itulah Pak Lah harus memilih salah satu dan Muhyiddin dipilih kerana “ranking”nya yang paling kanan berbanding Rafidah.


Jika anda lihat senarai kebinet baru, anda boleh melihat kemaraan orang-orang Khairy. Wan Farid yang tidak bertanding didalam pilihanraya dilantik menjadi Senator sekaligus memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. (Apakah insiden Batu Burok akan berulang?)


Sepupu menantu PM Shaziman Mansor telah diangkat menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kata orang kementerian ini diantara lubuk duit)


Ketua Penerangan Umno, Mat Taib yang rapat dengan Khairy juga telah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah walaupun tidak bertanding dalam pilihanraya. (Ini usaha untuk merampas kembali Selangor pada pilihanraya umum akan datang)


Walaupun tidak menjadi Menteri Kabinet, Khairy masih lagi menguasai kerajaan Malaysia . Apa tidaknya, dengan menguasai bapa mertuanya sahaja, beliau telah menguasai negara. Semua jawatan penting seperti Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan lain-lain tetap dikuasainya.


Orang-orang Najib telah disekat. Jamaluddin Jarjis diantara senarai yang terkeluar. Jika masih terus “play safe”, Najib pasti akan digulaikan dalam pemilihan agung Umno akan datang.


“Saya mendapat sokongan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan barisan Kabinetnya di Perdana Putra di Putrajaya.


Mengenai hubungannya dengan Najib, beliau berkata: “Saya mempunyai hubungan paling baik dengan Najib.


Maklumat terbaru diterima, Dua Timbalan Menteri yang baru dilantik tadi enggan menerima jawatan. Klik disini. Mungkin kerana mereka tidak sanggup untuk bersama dengan “Kabinet Khairy”.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: