Wednesday, March 19, 2008

Kabinet baru - Abdullah gugurkan tujuh menteri

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

Kabinet baru - Abdullah gugurkan tujuh menteri
Harakahdaily
Tue | Mar 18, 08 | 2:48:35 pm MYT
PUTRAJAYA, 18 Mac (Hrkh) - Bernama melaporkan Perdana Menteri hari ini mengumumkan barisan Kabinet baru tanpa tujuh menteri lama yang menang pada pilihan raya umum lepas, selain melantik dua senator sebagai menteri.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata separuh daripada anggota pentadbirannya kali ini terdiri daripada muka baru.

Barisan pentadbiran baru Abdullah ini adalah berasaskan "semangat perkongsian kuasa dan setiakawan Barisan Nasional" yang mampu melaksanakan agenda kerajaan dengan lebih berkesan.

Abdullah sendiri mengekalkan portfolio sebagai Menteri Kewangan manakala Timbalannya Dato' Seri Najib Tun Razak juga kekal sebagai Menteri Pertahanan.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menang kerusi Parlimen Tasek Gelugor kekal sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Dua orang yang dilantik sebagai senator hari ini ialah Dato' Zaid Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Dato' Amirsham A.Aziz, kedua-duanya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Zaid, peguam terkemuka serta bekas anggota Parlimen Kota Baharu, dipertanggungjawabk an untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman manakala Amirsham akan mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Tiga lagi menteri di JPM ialah Tan Sri Bernard G.Dompok, Dato' Seri Nazri Abdul Aziz dan Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tujuh menteri yang tidak tersenarai ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Dato' Seri Rafidah Aziz yang dulunya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Setiausaha Agung Umno Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad (Dalam Negeri); Dato' Seri Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar); Dato' Seri Dr Jamaludin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi); dan Dato' Seri Tengku Adnan Mansor (Pelancongan) .

Presiden MCA Dato' Seri Ong Ka Ting tidak disenaraikan setelah beliau meminta supaya tidak dipilih semula bagi menumpukan usaha kepada mengukuhkan kembali MCA.

Bekas Menteri Sumber Manusia Dato' Seri Dr Fong Chan Onn juga tidak dilantik semula.

Keseluruhannya, jumlah anggota pentadbiran Abdullah yang baru berkurangan daripada 90 orang sebelum ini kepada 69 orang sahaja setelah jawatan Setiausaha Parlimen dimansuhkan.

Perdana Menteri berkata dengan pemansuhan jawatan Setiausaha Parlimen, menteri dan timbalan menteri perlu bekerja lebih keras.

Kabinet baru juga menyaksikan Ketua Penerangan Umno Senator Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, dilantik menjadi Menteri selepas 11 tahun meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dengan memegang portfolio Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan pada 1987 Dato' Shahrir Samad juga kembali menganggotai jemaah menteri sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menteri baru yang dilantik ialah Dato' Ahmad Shabery Cheek (Penerangan) , Dato' Shaziman Abu Mansor (Tenaga, Air dan Komunikasi), Dato' Liow Tiong Lai (Kesihatan), Dato' Dr S.Subramaniam (Sumber Manusia), Dato' Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Dato' Ong Tee Keat (Pengangkutan) , Dato' Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato' Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Dato' Ir Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Dato' Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Anggota Parlimen Bera Dato' Ismail Sabri Yaakob, 48, merupakan muka baru yang dilantik terus sebagai menteri penuh iaitu memegang portfolio Belia dan Sukan.

Abdullah juga mengumumkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri digabungkan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menjadi Kementerian Dalam Negeri diketuai bekas Menteri Luar Dato' Seri Syed Hamid Albar.

Selain itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di JPM diserapkan ke dalam Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang akan diketuai Dato' Mohd Shafie Apdal, dulunya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Banyak perubahan dilakukan Abdullah dalam jemaah Menteri kali ini yang menurutnya bertujuan untuk menjadikan jentera kerajaan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Senarai Penuh Kabinet Abdullah Badawi :

Perdana Menteri: Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri: Dato' Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri: Dato' Ahmad Zahid Hamidi
Menteri: Dato' Zaid Ibrahim (senator)
Menteri: Dato' Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan: Dato' Johari Baharum
Timbalan: Dato' Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan: S K Devamany
Timbalan : Dato' Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Dato' Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Dato' Chor Chee Heung
Timbalan : Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Dato' Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Dato' Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Dato' Ong Tee Keat
Timbalan : Dato' Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Dato' Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Dato' Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Dato' Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Dato' Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Dato' Liew Vui Keong
Timbalan : Dato' Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Dato' Mustapa Mohamed
Timbalan : Dato' Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Dato' Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Dato' Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan : Dato' Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Dato' Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Dato' Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Dato' Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Dato' Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Dato' Dr. S Subramaniam
Timbalan : Dato' Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Dato' Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Dato' Ong Ka Chuan
Timbalan : Dato' Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Dato' Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak
Timbalan : Dato' Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Dato' Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Dato' Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Dato' Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Dato' Liow Tiong Lai
Timbalan : Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Dato' Noh Omar
Timbalan : Dato' Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Dato' Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Dato' Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Dato' Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Dato' Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Dato' M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Dato' Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Dato' Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Dato' Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Dato' Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Dato' Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh - mr



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: