Friday, March 7, 2008

Janji pilihanraya bukti wujud masalah

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Hampir 60 peratus masalah masyarakat India mula diselesaikan menjelang pilihanraya ini. Kini calon barisan nasional dan calon pembangkang berebut�rebut untuk menyelesaikan masalah masyarakat ini.

Contohnya, muka depan Malaysia Nanban pada 4 Mac ini mengatakan Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo memberikan RM1.26 juta kepada masyarakat India Bukit Botak (Taman Selayang Mutiara) bagi menyelesaikan masalah perumahan. Manakala muka depan Makkal Osai mengatakan Khir Toyo mengumumkan bahawa 2 hektar tanah dan RM7.5 juta diperuntukkan untuk Sekolah Tamil Batu Ampat. Selain itu, muka surat 5 Malaysia Nanban menerbitkan janji presiden MIC S. Samy Vellu bahawa dia akan menyelesaikan masalah perumahan Ladang Pundut, Lumut sementara calon parlimen Kuala Langat Dato Haji Sulaiman pula berjanji akan menyelesaikan masalah masyarakat India.

Janji manis dan peruntukan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa memang masyarakat India dipinggir sebelum ini. Tindakan ini seolah-olah membuktikan bahawa terdapat asas dalam tuntutan Hindraf dan masyarakat di pelbagai kawasan. Kalau tidak, kenapa pemimpin dan calon BN membuat janji-janji ini?

Sepanjang musim kempen pilihanraya, rakyat diberi janji projek pembangunan dan sebagainya, malah ada yang benar-benar menyerupai habuan dan ugutan. Misalnya, dana yang lebih untuk Kelantan sebanyak RM1 billion jika BN menang; dan kenyataan Menteri Besar Perak Mohd Tajol Rosli bahawa pengundi India hanya akan dapat peruntukan jika menyokong MIC dan BN (Malaysia Nanban, 3 Mac).

Tugas kita sebagai pembaca dan pengundi ialah untuk mengolah maklumat ini dan merujuk kembali kepada Rancangan Malaysia ke 9 dan Belanjawan 2009 untuk mengetahui sejauh mana janji-janji yang disebutkan adalah sebahagian daripada rancangan sebelum ini dan yang mana adalah janji pilihanraya. Adakah peruntukan untuk sekolah Tamil baru ditetapkan atau dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 9, dan bagaimanakah kita hendak memastikan janji-janji ini ditepati?

Fokus pada MIC dan bukan aktivis wanita

Akhbar Tamil memberi gambaran lain mengenai usaha kumpulan aktivis wanita yang cuba berjumpa dengan Samy Vellu di mana Malaysia Nanban maelaporkan bahawa beberapa orang penyokong MIC membuat laporan polis terhadap empat aktivis tersebut. Dikatakan beberapa orang penyokong MIC yang tidak suka dengan tindakan aktivis wanita membuat laporan polis, sedangkan Malaysiakini dan theSun (4 Mac) melaporkan bagaimana aktivis tersebut mahu bertanyakan Samy Vellu mengenai kesamaan gender tetapi dilayan secara agresif oleh penyokong MIC.

Pemimpin MIC lain seperti Komala Devi Krishnamoorthy (BN-Kapar) di mana dia berkelakuan agresif bersama suaminya terhadap orang ramai yang cuba membawa isu mereka kepadanya. Menurut Makkal Osai (1 Mac, muka surat 17), beberapa orang di Kapar agak marah dengan Komala Devi apabila pasangan itu memarahi dan menghalau mereka ketika hendak membincangkan hal tanah untuk kuil Sri Maha Nagamuthu Karumariamman pada 29 Februari di pejabat BN Kapar. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas di kalangan masyarakat ini. Suami Komala Devi dikatakan menjerit kepada delegasi ini bahawa mereka hanya perlu mengundi BN.

Makkal Sakhti milik siapa?

Muka depan Makkal Osai dan muka 4 Malaysia Nanban 4 Mac memetik presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) M Kayveas sebagai mengatakan dia berada di sebelah Makkal Sakhti dan akan terus berjuang untuk masyarakat India. Anwar Ibrahim, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut melaungkan slogan ini dalam ceramahnya, tetapi penyelaras Makkal Sakhti V. K. Ragu pula berkata ia tidak berpihak pada mana-mana parti (Makkal Osai, 3 Mac, muka surat 4).

Malaysia Nanban semakin bias pada masa kini kerana ia memberi 86 peratus liputan untuk berita pro-BN dan hanya 9 peratus untuk pembangkang dan 5 peratus untuk berita neutral, manakala Makkal Osai pula mempunyai 65 peratus berita pro-BN dan 29 peratus berita pro-pembangkang.


In matters of conscience, the law of the majority has no place-Mahatma


Source: Unknown

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: