Wednesday, March 12, 2008

Jangan Berlagaklah Barisan Rakyat.

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Jangan Berlagaklah Barisan Rakyat.
Posted on Tuesday, March 11 @ 16:40:05 MYT by greenboc
Open Artikel Oleh AdukaTaruna

"Kita tidak mahu mereka berasa seolah-olah kuat seperti BN / UMNO yang mencapai usia 50 tahun. Begitu angkuh dan sombong. Rumah-rumah ibadat dirobohkan tanpa alasan kukuh. Penempatan rakyat dirobohkan kerana enggan memberi hak milik kepada rakyat sebaliknya kepada pemaju yang kaya, sahabat handai mereka. Kesensaraan rakyat di bawah tidak dipedulikan. Ini semua kerana kebangangan generasi terdahulu, mak dan ayah kita. Jika diletakkan khinzir, dibalut dengan bendera BN sekalipun mereka akan undi.

Jangan Berlagaklah Barisan Rakyat.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pendahuluan.

Pertamanya tahniah kepada rakyat Malaysia generasi baru yang semakin cerdik dan bijak. Rata-rata komen dari pemimpin UMNO / BN / Pensyarah tungangan mengatakan pengundi sekarang semakin bijak. Ini sekali gus mengatakan generasi lama adalah generasi bangang selama ini. Generasi itulah nyawa kekuasaan, kekayaan dan pemilikian wanita mereka.

Bagi mereka yang hidup tanpa matlamat akhirat 3 perkara inilah yang sentiasa mempengaruhi tindak-tanduk mereka. Manusia memburu sesama manusia, manusia menangkap sesama manusia, manusia membunuh sesama manusia, manusia menindas sesama manusia, manusia berperang sesama manusia semata-mata kerana 3 perkara inilah.

Kuasa, kaya dan wanita.

Jangan berlagaklah Barisan Rakyat.

Para pengundi generasi baru diseru supaya tidak fanatic, taksub kepada mana-mana aliran atau parti. Jika anda seorang muslim, hanya perlu hidup secara muslim. Jika anda seorang Budha, hanya perlu mengamalkan Budha dengan taat.

Kemenangan parti-parti yang golongan akar umbi namakan Barisan Rakyat ini bukannya kerana kekuatan mereka. Tetapi kerana pengundi muda seperti kita yang sudah bosan dengan apa yang berlaku. Jangan sesekali mengishtiharkan bahawa kita akan sentiasa bersama-sama mereka walau apa pun berlaku. Kerana ini akan membuatkan mereka besar kepala.

Kita tidak mahu mereka berasa seolah-olah kuat seperti BN / UMNO yang mencapai usia 50 tahun. Begitu angkuh dan sombong. Rumah-rumah ibadat dirobohkan tanpa alasan kukuh. Penempatan rakyat dirobohkan kerana enggan memberi hak milik kepada rakyat sebaliknya kepada pemaju yang kaya, sahabat handai mereka. Kesensaraan rakyat di bawah tidak dipedulikan. Ini semua kerana kebangangan generasi terdahulu, mak dan ayah kita. Jika diletakkan khinzir, dibalut dengan bendera BN sekalipun mereka akan undi.

Jangan mengishtihar kita akan sentiasa bersama mereka selamanya. Jika tidak mereka akan angkuh seperti PAS 1999. Terengganu ditawan dengan gelojoh dan teruja. Politik balas dendam seolah-olah 1999 adalah satu-satunya PRU terakhir di muka bumi Malaysia. Sahabat UMNO dimusuhi. Menegakkan kebenaran secara kasar dan tidak bijak. Yang tidak bersama mereka di pulau. Sahabat non muslim disindir ubat yang tamat tempoh. Generasi terdahulu adalah generasi yang jumud, taksub dan beku.

Jangan berlagaklah Barisan Rakyat.

Sentiasa ingatkan mereka bahawa kita generasi muda lebih terbuka. Kami hanya memberi sokongan kepada pihak mana yang mampu membawa keseluruhan rakyat Malaysia kepada tahap paling baik. Tidak semestinya kita akan membantu kerja-kerja PAS selamanya, tidak semestinya kita akan membantu kerja-kerja DAP selamanya, tidak selamanya kita akan membantu kerja-kerja PKR selamanya.

Sentiasa ingatkan PAS Kedah bahawa mereka tidak akan menang jika pengundi muda non muslim tidak mengundi calon PAS. Sentiasa ingatkan DAP Penang bahawa mereka tidak akan menang sekiranya pengundi muda muslim dan India tidak mengundi mereka. Sampaikan mesej ini kepada setiap calon Barisan Rakyat di seluruh Malaysia. Jangan sia-siakan kepercayaan dan keberanian kami membuat ujikaji ini.

Jangan berlagaklah Barisan Rakyat.

Sentiasa ingatkan bahawa mereka perlu sedaya-upaya menunjukkan kestabilan pakatan mereka, kepada kami, pengundi generasi muda. Kami yang berani melakukan ujikaji, maka kami juga sentiasa memerhatikan keputusannya. Jangan sesekali anda angkuh kepada kami.

Jangan fikir mereka adalah tsunami, sebaliknya kitalah tsunami itu. Mereka hanyalah kumpulan yang menawarkan kepada kita sebagai kapal atau kenderaan. Jadi, secara kasarnya, kumpulan mereka adalah tunggangan kita. Jangan berikan keselesaan kepada mereka supaya mereka tidak lupa diri.

Jangan berlagaklah Barisan Rakyat.

Jangan selesa, kembang hidung, berbesar hati dengan apa yang kamu capai, wahai Barisan Rakyat. Apa yang kamu dapat bukan hadiah dari ALLAH, sebaliknya ujian. Kamu menang bukan kerana kamu kuat, tetapi kerana BN lemah. Jika Paklah meletak jawatan, atau Paklah mengurangkan pergerakan Khairy dan melakukan tindakan drastic, suasana 2004 mungkin berlaku semula.

Jangan lupa diri, syok sendiri dan lalai seperti Terangganu 1999. Mereka tidak akan sama sekali membiarkan diri mereka tunduk kepada tsunami. Merebak ke negeri-negeri penyelamat BN 2008, yakni Perlis, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah. Mereka pasti akan melakukan sesuatu.

Mereka akan menjadikan parlimen di negeri-negeri berkenaan dipecahkan kepada beberapa kerusi lagi. Ini bermakna parlimen akan ada pertambahan kerusi dari 222 sedia ada. Kamu tidurlah seperti Terengganu 1999. Jangan bimbang kita kuat. Seluruh rakyat bersama kita.

Mereka akan sentiasa mencari keburukan negeri-negeri yang ditawan kamu 25 jam sehari melalui media-media mereka. Kamu angkuhlah seperti Terengganu 1999. Jangan bimbang. 2008 adalah PRU terakhir di Malaysia.


Mereka akan melaga-lagakan pakatan antara kamu. Mencari kemusnahan persefahaman antara kamu. Memainkan sentiment perkauman yang masih relevan bagi generasi lama. Kamu melatahlah seperti Terengganu 1999. Ketua non muslim adalah ubat gegat. Dah tak relevan. Jangan bimbang, kita akan menang selamanya.

Jangan berlagaklah Barisan Rakyat.

Ayuh generasi muda. Jangan taksub kepada mana-mana parti. Mereka hanyalah kumpulan yang menawarkan diri menjadi kuda tunggangan kita. Hiduplah kita di atas agama kita. Islam sebagai Islam, Budha sebagai Budha, Kristian sebagai Kristian.

Jangan takut dengan Islam buat sahabat non muslim yang lain. Lihatlah model di Kelantan. Bagaimana AMAN SELAMAT DAN MAKMUR dalam erti kata sebenar. Jika PAS gagal menyiapkan model Kelantan di negeri lain, anda gunakan kuasa anda. Begitu juga Pulau Pinang. Adakah mereka wakil kesemua kaum atau hanya mewakili kaum Cina. Jika gagal mewakili kesemua kaum seperti model Kelantan, gunakan kuasa anda.

Tidak perlu taksub. Tidak perlu berbaiah dulu kini dan selamanya terhadap satu-satu kuda tunggangan. Generasi muda perlu bijak untuk mengetahui siapa penunggang, dan siapa yang ditunggang.

Letak khinzir sebagai calon pun dia menang? Ah….. itu bukan kita.

Wallahualam.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: