Saturday, March 29, 2008

Islamic Royalist: Satu Gagasan baru dalam politik orang Melayu

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Islamic Royalist: Satu Gagasan baru dalam politik orang Melayu
Posted on Friday, March 28 @ 08:37:16 MYT by greenboc
Artikel Pendek Oleh ahmadhadeed

"a
Mereka sembahyang hajat supaya institusi keSultanan Melayu berkuasa , mereka sembahyang hajat untuk mengekalkan saki baki pemerintahan Islam kesultanan Melayu yang masih ada dalam pelembagaan negeri dan federal. Adakah sudah muncul satu gagasan ISLAMIC ROYALIST dalam politik orang Melayu Islam; kesan dari krisis PM lawan Sultan ? Saya mengatakan YA, memang sudah wujud satu gagasan politik baru untuk mendokong ISLAMIC SULTANATE di kalangan orang muda muslim di Malaysia sekarang.


Fahaman baru tercetus dari satu satu konflik didalam sesebuah masyarakat. French Revolution mencetuskan gagasan Republik dan dalam era Islam terdapat Islamic Republic . Democratic system tercetus dari Greece akibat kesan pengaruh fahaman liberal secularist Aristotle dan Plato. Namun kita masih belum ada Islamic Democrat. Sistem beraja di tanah kepulauan Melayu telah menghasilkan Islamic Sultanate yang memerintah beratus tahun sebelum penjajah Inggeris , Belanda dan Sepanyol menaklukki tanah kepulauan Melayu dan menjatuhkan Malay Islamic Sultanate.


Saya rasa perkembangan politik orang Melayu mutaakhir ini seolah olah satu gagasan pemikiran politk baru iaitu ' Islamic Sultanate ' telah menjadi popular semula . Sokongan kuat pada gagasan ISLAMI SULTNATE adalah akibat dari orang Melayu sudah merasa bosan dengan keadaan yang berlaku di sekeliling mereka yang di fikir telah merudum dari segi nilai islam dan nilai kesajahteraan. Jenayah yang melampau, maksiat melampau, gejala social melampau, murtad melampau, penyelewengan melampau: telah menyebabkan pemuda Melayu Muslim berbalik kepada Islam sebagai Way of Life atau Islam al deen atau Islam cara hidup.


Namun keadaan selepas merdeka perlu di ambil kira dengan wujudnya masyrakat bukan Islam di Malaysia dan hakikat bahawa rakyat sudah biasa dengan demokrasi di Malaysia. Malaysia sekarang adalah unik kerana ia adalah pelembagaan gabungan dari sejarah lama dan perkembangan baru. Ada orang menggunakan perkataan 'archaic' law. ini adalah salah kerana dalam undang undang tidak ada kuno lama dan baru. Undang undang baru tidak semestinya baik dan undang undang silam tidak semestinya buruk.


Lihat saja undang undang Islam yang beribu tahun umurnya namun ianya tetap bertenaga kalau di laksanakan di abad ke 21. Banyak undang baru rekaan manusia tidak dapat bertahan walau pun setahun kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia contoh nya undang 'gay' di Barat.Jadi dalam membincangkan tentang keadilan tidak perlu meng'stigmised' kan isu dengan menggunakan perkataan yang sudah di charge ia itu ' archaic law' atau undang undang kuno.


Sistem kesultanan Islam bukan satu perkara yang kuno kerana jika Islam yang menjadi tongak kesultanan itu di takrif dengan betul, sistem kesultanan Islam boleh digunakan untuk mentadbir Malaysia.


Apa yang perlu HANYALAH MENAMBAH FRASA ' ISLAM AGAMA RASMI' DALAM PELEMBAGAAN MALAYSIA kepada ' ISLAM ADALAH AGAMA RASMI DAN SEGALA UNDANG UNDANG YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM ADALAH TERBATAL.


Apabila frasa ini di tambah atau di amend maka dengan sendirinya kita boleh mengekalkan segala element penting dalam pelembagaan Malaysia saperti Raja Berpelembagaan, Parliamentary Democracy, Federalism dan State Laws.


Alangkah cantik nya undang undang saperti ini. Adakah gagasan ISLAMIC ROYALIST akan terus subur di Malaysia ini ???, sama samalah kita lihat perkembangnya. Bagi Muslim , yang penting nya ialah mencari keredhaaan Allah di dunia dan akhirat. Ameen


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: