Thursday, March 6, 2008

IPTA arah pengundi hantu di kalangan pelajar / Berpuluh buah bas bertolak



BuletinOnline
IPTA arah pengundi hantu di kalangan pelajar untuk undi di Pantai Timur

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/pengundihantu1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - PAS mendedahkan dua universiti dijangka akan mengarahkan pelajar mereka menyertai rombongan ke Kelantan dan Terengganu pada hari pengundian untuk mengundi.

Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir, dua universiti terbabit ialah Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Universiti Darul Iman Terengganu.

Beliau berkata, PAS telah menerima aduan daripada pelajar kedua-dua universiti terbabit yang diarahkan oleh pihak atasan universiti mengikuti rombangan ke negeri berkenaan.

Yang anehnya, kata Roslan, ada di kalangan pelajar tersebut masih belum berdaftar sebagai pengundi.

Katanya dalam sidang media harian PAS semalam, bilik gerakan PAS terus menerus menerima laporan tentang perancangan BN untuk menghantar pengundi hantu ke Kelantan dan Terengganu.

PAS meminta SPR membuat siasatan terhadap aduan itu dan menyatakan pendirian mereka dengan segera.

Tegasnya, yang juga memberi amaran kepada pentadbir universiti agar jangan campurtangan dalam agenda jahat BN yang sudah terdesak untuk memenangi pilihan raya walaupun sudah hilang kepercayaan rakyat.

Katanya, pelajar yang membuat aduan itu bersedia untuk tampil bagaimanapun demi kepentingan mereka yang masih menuntut PAS tidak boleh membawa mereka membuat pengakuan.

"Jika perkara ini tidak betul, kami harap pihak universiti menafikan apa yang kami dedahkan ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan wujudnya pengundi tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi pos dalam masa yang sama boleh juga mengundi sebagai orang awam.

"Pengundi tentera dan polis berdaftar sebagai undi pos diwujudkan pula namanya dalam pendaftaran sebagai pengundi awam dengan menggunakan no kad pengenalan awam,"katanya.

Katanya, pendedahan ini bukan untuk kepentingan PAS tetapi untuk kepentingan rakyat Malaysia yang sudah dimainkan oleh SPR.

"Ini adalah bukti secara terang dan nyata bahawa ada rakyat Malaysia yang boleh mengundi dua kali sebelum ini SPR bidas PAS kerana tidak ada bukti sekarang inilah buktinya," tegas beliau.

Antara pengundi yang berdaftar sebagai undi pos dan awam ialah;

Samsudin Ahmad
Kad Pengenalan T717020 / P.118 Setiawangsa
Kad Pengenalan 671028035123 / P.028 Pasir Puteh-Dun Selising, Kelantan.

Hazely Razin Yaakub
Kad Pengenalan T71756 / P.42 Tasek Gelugor
Kad Pengenalan 750909035727 / P.019 Tumpat- Dun Pasir Pekan, Kelantan.

Norhadi Abdullah
Kad Pengenalan T373895 / P.118 Setiawangsa
Kad Pengenalan 760906086579 / P.062 Sg Siput-Dun Lintang




SIASAH

Berpuluh buah bas bertolak dari Bukit Jalil Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Berpuluh-puluh buah bas dijangka akan bertolak dari Stadium Bukit Jalil pagi Jumaat ini menuju ke Kelantan.

Menurut sumber, Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen(B) Husaini akan melepaskan mereka dari stadium berkenaan.

Umno mendakwa mereka adalah pengundi luar yang mahu pulang ke Kelantan untuk mengundi namun menurut sumber, sebahagian dari mereka adalah pengundi hantu yang didaftar Umno untuk mengundi di Kelantan.
Siasah difahamkan, PAS telah meminta orang ramai agar mengambil gambar-gambar mereka kerana ia bakal dijadikan bukti dalam sebarang kes selepas pilihan raya nanti.
Sebahagiannya adalah dari Selatan Thailand yang mendapat kad pengenalan ekspres untuk membolehkan mereka mengundi bagi menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.

Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara telah membuat pengakuan kepada rakannya, dia mempunyai 30,000 nombor kad pengenalan yang didaftar untuk penduduk Islam selatan Thai bagi membolehkan mereka mengundi BN di Kelantan dalam pilihan raya kali ini.

Laporan lanjut Siasah Khamis ini.




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: