Sunday, March 30, 2008

Idris mula berpindah ke Besut

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Posted on Saturday, March 29 @ 08:02:07 MYT by greenboc
Berita Oleh malaysiakini



aSelain mengangkut barang keluar dari kediaman rasminya hari ini, bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, juga akan membuat pertukaran sekolah anaknya ke Besut - kediaman asalnya.



Wakil rakyat Jertih itu berada Kuala Terengganu petang ini untuk berbuat demikian, lapor laman web Berita Harian malam ini.


Sewaktu ditemui di Batu Burok, beliau dilaporkan enggan mengulas lanjut keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memperakui pelantikan bekas exconya Datuk Ahmad Said sebagai penggantinya.


Menurut laporan itu lagi, Idris juga enggan bercakap kepada media sewaktu tiba di kediamannya di Kampung Tok Has, tidak jauh dari pekan Jertih kira-kira 6 petang tadi.


"Saya akan ke Kuala Terengganu, Ahad ini untuk memohon pertukaran sekolah anak saya di Besut," beliau dipetik sebagai berkata.


Beliau, yang juga ketua bahagian Umno Besut, belum ada sebarang perancangan setakat ini dan menyatakan hasrat untuk berehat bersama keluarga.


Lebih kurang 10,000 penyokongnya, kebanyakan dari daerah Besut dan Setiu, berkumpul di situ sejak selepas solat Jumaat tengah hari tadi.


Beberapa orang kelihatan tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata, laporan itu dipetik.


Idris, yang ditemani isterinya Kamariah Zakaria, tidak menyampaikan sebarang ucapan tetapi hanya berjabat tangan dan bertanya khbar dengan para pengikutnya.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: