Wednesday, March 5, 2008

hutang Terengganu juga meningkat / Hutang Kelantan: Husam sedia berdebat

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



BuletinOnline
Muhyidin jangan turut jadi pembohong � hutang Terengganu juga meningkat

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/wahidendut.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 3 Mac - Bendahari Perhubungan PAS Terengganu, yang juga bekas Exco kerajaan Terengganu, Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut mengingatkan Muhyidin Yassin, jangan ikut turut jadi pembohong seperti Perdana Menteri dan Timbalannya kerana kadar hutang Johor juga antara tertinggi iaitu RM700 juta dan Terengganu sebanyak RM903.05 juta

�Sejak BN memerintah Terengganu hutang negeri ini meningkat kepada RM903.05 juta berbanding RM846.38 juta semasa PAS memerintah. Jadi apa hebatnya UMNO/BN memerintah jika mahu dibandingkan dengan PAS,� ujarnya ketika dihubungi Buletin Online di sini, hari ini.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/berubah.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Beliau yang juga calon PAS DUN Wakaf Memepelam berkata demikian mengulas kesombongan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin yang menyifatkan PAS tidak mampu memerintah sehingga hutang kerajaan negeri Kelantan tertunggak RM1 bilion.

Beliau mempersoalkan apa hebatnya kerajaan UMNO/BN memerintah Terengganu sehingga meningkat hutang selepas diambilalih daripada PAS. Kerajaan UMNO/BN Terengganu menerima lebih RM 2 bilion pada tahun 2005 dan 2006 dari kerajaan Pusat tapi menokok hutang kepada hampir RM1 bilion.

�Kalau orang pakai kereta mewah, rumah besar tetapi berhutang apa hebatnya. Pemerintah yang hebat tidak membazirkan wang sehingga menokok hutang negeri untuk biayai projek yang tidak memberi keuntungan dan manfaat kepada rakyat sebaliknya dikaut oleh segelintir pemimpin UMNO/BN dan ahli perniagaan dikeliling,� katanya.

Beliau berkata kerajaan UMNO/BN banyak membazirkan wang malah untuk tiga hari sahaja boleh menghabiskan RM300 juta untuk pertandingan Monsoon Cup.

Tambah beliau berbanding dengan pemerintahan PAS wang tersebut boleh dibelanjakan setahun perbelanjaan mengurus dan mentadbir negeri.



Hutang Kelantan: Husam sedia berdebat dengan Naib Presiden Umno
Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 04, 08 | 3:55:50 pm MYT
KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Bukan sahaja akan menghantar penyata hutang negeri Kelantan untuk dipelajari sendiri oleh Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin malah Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa bersedia berdebat mengenai dakwaan Menteri Pertanian itu bahawa kerajaan Kelantan muflis.

Beliau juga menunjukkan rekod bertulis mengenai hutang negeri Kelantan kepada para pemberita dalam sidang media hariannya di sini hari ini.

Mengulas dakwaan Muhyiddin kononnya beliau terkejut dengan "bebanan hutang besar kerajaan Kelantan" selepas dimaklumkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Annuar Musa, Husam menyindir Menteri Pertanian itu dengan meminta beliau belajar matematik.

Annuar sebelum itu berkata, defisit terkumpul belanjawan negeri itu kini berjumlah RM400 juta setahun manakala hutang pinjaman air (daripada kerajaan pusat sejak awal tahun 2000) sahaja berjumlah RM600 juta.

Sambil mengakui Kelantan berhutang RM398 juta untuk projek bekalan air di negeri itu, Husam berkata tidak ada mana-mana pihak yang membayar hutang sekaligus.

Tempoh pembayaran hutang untuk projek bekalan air di Kelantan itu ialah 20 tahun.

Husam menjelaskan, tempoh matang hutang untuk projek bekalan air itu bermula pada bulan November 2007.

"Pada bulan November 2007, kena bayar (hutang tersebut) RM4 juta. Kita bayar," katanya.

Malah, katanya, kerajaan PAS Kelantan telahpun mengarahkan supaya dibayar kira-kira RM1.4 juta hutang projek bekalan air itu yang ditetapkan pembayarannya pada Januari 2008.

Mengenai kenyataannya bahawa kerajaan negeri Kelantan adalah yang kedua terbaik di Malaysia selepas Sarawak, Husam berkata, menurut data "Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Mengikut Negeri Sehingga 31 Disember 2006", Kelantan mempunyai tunggakan RM11.6 juta berbanding Selangor sebanyak RM587.45 juta, Kedah (RM385.23 juta), Johor (RM365.8 juta) dan Pahang (RM309.13 juta).

Beliau juga membacakan senarai negeri yang mempunyai banyak tunggakan. Kecuali Sarawak, semuanya berprestasi lebih buruk daripada Kelantan yang ditadbir PAS - yang terpaksa membayar hutang yang ditingalkan oleh pemerintahan 12 tahun kerajaan Barisan Nasional di negeri itu yang berjumlah RM760 juta.

Terengganu, yang berjaya dirampas BN pada pilihanraya umum lepas, mempunyai tunggakan RM300.34 juta.




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: