Monday, March 31, 2008

HidupTanpaUMNO: Sediakan Minda

From: hamdy <hamdy065@yahoo. com>


HidupTanpaUMNO: Sediakan Minda

Bagi mereka yang membaca penulisan saya, pada hari hari awal kempen pilihanraya, saya ada mengatakan, pada hukum adat UMNO tidak akan kalah, tetapi kita tidak tahu perancangan Allah. Saya juga mengatakan kalaupun kalah, perjuangan menegakkan keadilan perlu diteruskan. Antara sebab lain ialah UMNO telah berumur 50 tahun, dan dari hukum adatnya, manusia mati maka UMNO juga akan mati pada satu masa nanti. Kata orang putih 'it is a matter of time'.

Apatah lagi bagi kita yang beriman dgn salah satu dari rukun iman iaitu percaya kepada AlQuran, kita akan dapati bahawa Allah dengan secara jelas mengatakan Allah memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah juga mencabut kekuasaan dari sesiapa yang dikehendaki.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. – Ali Imran 26

Ayat itu jelas, Cuma kita, termasuk saya, yang kurang menyelami Al Quran. Begitu juga pemimpin pemimpin UMNO pusat, malah pemimpin UMNO negeri seperti Khir Toyo terlupa akan ayat ayat ini. Ini menyebabkan mereka bertindak seperti tidak ada hari kiamat, malah mereka terlupa bahawa kiamat dunia juga boleh berlaku seperti apa yang berlaku tanpa menunggu kiamat hakiki. Dan setelah UMNO kalah diSelangor, baru lah kita tahu begitu busuk dan hinanya perbuatan mereka. Bagaimana mereka songlap harta negeri utk kuncu kuncu mereka. Bagaimana mereka mewujudkan syarikat syarikat negeri untuk memuaskan nafsu serakah mereka.

Malangnya, orang orang beginilah yang disanjung dan cuba dipastikan menang oleh pejuang pejuang bangsa Melayu atau nasionalis melayu. Rupanya nasionalis melayu UMNO lah yang merosakan negara dan negeri. Dan kini mereka bertukar kepada penderhaka sultan seperti yang berlaku di Perlis dan Trengganu. Walaubagaimanapun kita tidak juga lupa bahawa kerajaan PAS Trengganu juga pernah diberi dan ditarik kekuasaannya. Mungkin orang Terengganu boleh menyalahkan aspek penipuan tetapi pada saya ada perkara perkara terperinci yang terlupa dilakukan oleh kepimpinan PAS Trengganu pada masa itu. Dan saya merasakan masih ramai lagi rakyat Trengganu yang belum dapat memaafkan PAS pada PRU12. Tidak perlulah PAS Trengganu apologetik dalam hal ini. Apa yang perlu dilakukan ialah muhasabah dengan terperinci dan kemudian menyahkan apa yang patut untuk kejayaan masa depan. Cuma saya yakin, kepimpinan PAS Trengganu tidaklah serakus kepimpinan UMNO Selangor.

Berbalik kepada ayat tadi, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari hari akan datang. Tapi kita mesti bersedia secara mental bahawa ada kemungkinan UMNO akan tumpas. Kalau pun tidak hari esok, mungkin lusa, mungkin thulat, mungkin langkat, mungkin sebulan dua bulan...mungkin tahun tahun akan datang.

Tapi saya mencadangkan agar kita menyediakan minda kita bahawa 'it is a matter of time' UMNO akan kecundang. Mari kita berdoa agar tidak ada petualang UMNO yang membuat kekecohan jika mereka tumpas dalam kepimpinan negara.

Perlu kita ingat, UMNO tidak biasa kalah. Dalam hal pemilihan menteri besar pun mereka sanggup kurang ajar kepada sultan, dan apabila kalah baru lah terpekik terlolong mengenai DEB, maka apa lagi kalau mereka tumpas dalam kepimpinan negara. Mari kita berdoa agar negara kita aman sejahtera hidup harmoni. Dan untuk kita, mari kita sediakan minda bahawa kita boleh hidup tanpa UMNO.

Assalamualaikum, Peace Be Upon U.
(mohon maaf jika tulisan saya berbunyi keras...mgkin jari jari saya ni keras kott....)
semoga bermanfaat dan di berkati Allah

hamdy 013 3696712
HR&Process Consultant
Property Negotiator@( agent)
hamdy065@yahoo. com ym:hamdy065
Blog Saya:
http://ubahb4parah. blogspot. com
http://www.rancangh idup.blogspot. com
http://satuallah3aq idah.blogspot. com/
[sila cc email direct pada saya utk sebarang isu ]


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: