Sunday, March 16, 2008

Harga minyak turun serta merta hari ini 11 March 2008

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

ni sikit penerangan bagi yang tak reti2...
BACA SAMPAI HABIS BARU KOMEN!!!

.......sent by my friend.....


Salam,

Saya terpanggil untuk berkongsi buah fikiran saya dalam menulis artikel ini. Ianya dibuat setelah saya menerima panggilan telefon dan teguran pengundi-pengundi yang mana saya berpendapat terdiri daripada "swing voters" atau pengundi atas pagar yang telah mengundi BA.

Antara isu yang diutarakan ialah kenapa harga minyak belum diturunkan lagi walaupun BA telah menang di 6 buah negeri termasuk wilayah.

Dari segi undang-undang, untuk makluman saudara sekalian, minyak adalah barang yang di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan.

Perlu di ingatkan, Kerajaan Persekutuan masih lagi dipegang oleh BN melalui kemenangan majoriti mudah di Parlimen dengan memenagi 140 kerusi parlimen daripada 222 kerusi parlimen. Manakala BA hanya memenangi kerajaan negeri dan minyak bukannnya di bawah kerajaan negeri.

Sila rujuk item 8 Jadual ke Sembilan Perlembangan Persekutuan yang di lampirkan di dalam artikel ini untuk kuasa-kuasa kerajaan persekutuan dan kuasa-kuasa kerajaan negeri.

kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengawal tanah, sumber alam, agama, sumber hutan, kerajaan tempatan. sila rujuk attachment.

Tambahan pula saya juga ingin memetik Seksyen 5 dan 7 Akta Pembangunan Petroleum di mana:-

This is what i found from the act:-

5. National Petroleum Advisory Council.

(1) There shall be established a Council to be known as the National Petroleum Advisory Council consisting of such persons including those from the relevant States as the Prime Minister may appoint.
(
ii) It shall be the duty of the National Petroleum Advisory Council to advise the Prime Minister on national policy, interests and matters pertaining to petroleum, petroleum industries, energy resources and their utilization.

See sub sec 2, whereby the council will advise the PM (in this case the federal govt) on matters relating to petroleum. Further reference is to sec 7 of the act:-

7. Power to make regulations.
The Prime Minister may
make regulations for the purpose of carrying into effect the provisions
of the Act and, without prejudice to the generality of the foregoing,
such regulations may, in particular, provide for -
(a) the conduct of or the carrying on of -
(i) any business or service relating to the exploration, exploitation, winning or obtaining of petroleum;
(ii) any business involving the manufacture and supply of equipment used in the petroleum industry;
(iii) downstream activities and development relating to petroleum;
(b) the marketing and distribution of petroleum and its products;
(c)penalties in the form of a fine not exceeding one hundred thousandringgit or imprisonment not exceeding five years or both such fine andimprisonment for breach of any of the regulations and fornon-compliance with any term or condition of any licence, permission orapproval issued or granted under the regulations;
(d) the forfeiture of anything used or intended to be used in the commission of any such breach or non-compliance.

In this case, the relevant sec is sec (b) of the Act, whereby PM is empower to make the regulation under this act. Therefore, i believe that the oil price is under the fed govt
.


Daripada Seksyen 5 ini ianya secara tidak langung, tentang penubuhan satu badan untuk menasihati PM tentang hal ehwal berkaitan dengan isu petroleum. Seksyen 7 selanjutnya menerangkan bahawa PM mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang berkaitan petroleum dan dalam hal ini sub seksyen (b) yang berkenaan dengan "pemasaran petroleum".

Pendek kata, PM (kerajaan pusat) mempunyai kuasa untuk menentukan harga naik petroleum ini dan ini telah dibuktikan apabila PM dan kabinet (kerajaan pusat) menaikan harga minyak ke RM 1.92 per liter.

Isunya di sini, BA hanya memenangi kerusi undangan negeri dan tidak mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pusat. Justeru itu, BA tidak mempunyai kuasa terus untuk menurunkan harga minyak.

Persoalan akan timbul, kalau begitu rugilah aku pangkah BA. Tidak sama sekali. dengan adanya kuasa dan suara pembangkang yang ramai di Parlimen kali ini, sebarang kenaikan harga akan diprotes dengan suara yang kuat di Parlimen. Saya menjangkakan, BA akan mengusulkan untuk meminda akta atau pun polisi harga minyak ini di Parlimen. Usul BA boleh dijadikan undang-undang hanya memerlukan 50 % undi di Parlimen.

Pada setakat ini, kuasa BA ialah lebih kurang 37 % di parlimen dan untuk kuasa meminda atau meluluskan usul supaya harga minyak di kaji hanya memerlukan 13 % lagi dari ahli parlimen yang lain.

Adakah ahli parlimen BN yang lain ini bersedia untuk meluluskan perundangan yang menguntungkan rakyat ini? Sebelum ini lebih 200 ahli parlimen BN tidak membuat apa2 bantahan secara rasmi dan terbuka apabila minyak dinaikkan ke harga RM 1.92 per liter bahkan mereka ramai2 buat statement bahawa harga minyak kita masih lagi rendah jika dibanding dgn Spore, Thailand, Filipina dsb dan mengajak kita mengubah cara hidup kita.

Oleh itu, sekiranya BN terus berkuasa penuh, saya percaya tiada jaminan yang dapat diberikan oleh BN tentang kenaikan harga dengan mengambil kira harga petroleum dunia yang kini mencecah USD 109.00 satu tong. Saya masih ingat ketika harga minyak setong mencecah USD 50 dan ini digunakan oleh PM untuk menaikkan harga minyak. Dan dalam masa yang sama sekiranya harga minyak dinaiikkan semua ahli parlimen BN seperti biasa akan mengeluarkan statement yg sama iaitu harga minyak kita masih lagi rendah dibanding kan dgn jiran kita.


Dengan kemenangan pembangkang dalam penambahan kerusi di parlimen, sekiranya harga minyak dinaikkan lagi, suara protes akan dibangkitkan oleh BA dan saya percaya dengan kemenangan BA yang besar ini, BN sudah pasti sedar bahawa faktor harga minyak yg naik adalah antara punca BN kalah pada PRU 12 ini dan ini akan membuatkan BN untuk berfikir beratus2 kali untuk menaikkan harga minyak dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Pada saya harga minyak adalah antara faktor yang besar menyumbang kepada kekalahan BN di beberapa negeri. Ini adalah kerana, harga minyak akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang2 lain dan harga elektrik. Elektrik adalah punca kepada banyak industri pembuatan beroperasi. Harga elektrik naik kerana IPP (power producer) memerlukan petroleum untuk menjana elektrik dan untuk meng off setkan kos ini akan diturunkan pada pengguna.

Subsidi pada takat ini adalah perlu dan subsidi perlu digunakan untuk menampung harga minyak kerana kesannya adalah menyeluruh di rasai oleh semua lapisan masyarakat. PM ada mengatakan sebalik subsidi ini digunakan untuk subsidi petroleum harus di kurangkan kerana subsisi ini boleh digunakan untuk projek-projek kerajaan.

Persoalan timbul adakah projek-projek ini perlu bagi rakyat buat masa ini. Kebanyakan projek ini pada asasnya hanya dinikmati oleh segolongan lapisan masyarakat tetapi kesan minyak adalah menyeluruh dirasai semua rakyat. Ini perlu di beri penekanan oleh BN.

Justeru itu, dengan adanya pembangkang ianya merupakan kesan yg positif. BN akan berkira2 utk menaikkan harga minyak dan BA akan membela rakyat di Parlimen sekiranya harga minyak mahu dinaikkan lagi dan akan mengusulkan pindaan kepada polisi, dasar dan akta yang membolehkan harga minyak dikurangkan.


Pendek kata, saya percaya ini adalah perkembangan yang sihat dalam senario politik di Malaysia. BN untuk PRU yg akan datang pasti akan menjadi yang terbaik daripada pembangkang dan situasi ini akan mewujudkan kerajaan dan BA akan berlumba untuk menjadi efisyen, amanah, telus dan berkebajikan kepada rakyat.

(pendapat ini juga terpakai kepada harga gaji minimum kerana hal berkenaan buruh dan pekerja adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat di bawah Item 15 Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan)

BA hanya boleh ubah polisi dan dasar2 ini sekiranya BA mempunyai majoriti 50 % di dalam Parlimen (kerajaan pusat). Sekali lagi di ulangi BA hanya menguasai kerusi2 undangan negeri di 5 negeri dan kerajaan negeri tidak menpunyai kuasa untuk mengawal hal2 ini yg jatuh di bawah kerajaan pusat. tetapi surat protes dan usul cadangan akan dibuat oleh BA dalam menangani isu ini.

Dalam konteks kerajaan negeri, saya percaya BA akan memenuhi manifestonya yg jatuh dalam kawalan kerajaan negeri seperti pengurangan cukai tanah, pintu, air, pengagihan wang zakat yang lebih sekata dan efektif, ketelusan majlis2 perbandaran dalam pentadbirannya dan perbelanjaannya, takaful dan khairat kematian, biasiswa kerajaan negeri, pemimpin yg telus, bersih dan amanah.

Jadi, apa yang rugi. Tak rugi apa2 pun. Mungkin kita tak rasa hasilnya tapi jika senario ini berterusan generasi akan datang untung menikmatinya.


salam,
Mohamed Fadly


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: