Monday, March 10, 2008

Hapus dulu cukai pintu di negeri BN, sebelum gula-gula rakyat Kelantan

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Hapus dulu cukai pintu di negeri BN, sebelum gula-gula rakyat Kelantan
Salmah Mat Husain
Fri | Mar 07, 08 | 5:46:37 pm MYT
KOTA BHARU, 7 Mac (Hrkh) – Sebelum menabur segala janji untuk rakyat Kelantan, parti itu terlebih dahulu perlu melaksanakan impian tersebut di negeri-negeri lain yang sudah 50 tahun dikuasainya.
Malah rakyat di Terengganu yang pernah merasai cukai pintu dihapuskan di era pentadbiran PAS pada 1999 - 2004, namun dikenakan kembali selepas BN berkuasa di negeri tersebut.

Dalam manifesto Barisan Nasional Kelantan mereka berjanji memansuhkan tunggakan cukai bandar dan tunggakan cukai tanah serta memansuhkan bayaran letak kereta di semua majlis daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, parti itu seharusnya melaksanakan impian itu di negeri-negeri lain yang sudah lama dimenangi BN daripada menabur janji manis kepada rakyat Kelantan.

“Buatlah dahulu di 13 negeri yang dikuasai BN sebelum menabur janji nak hapus cukai itu dan ini di Kelantan. Taktik mereka tidak lebih sebagai pancing undi secara murahan.

“Tawaran yang dibuat itu tidak lebih sebagai kempen politik murahan,” ujarnya pada satu majlis di sini, baru-baru ini.

Oleh itu beliau mengingatkan rakyat tidak termakan segala janji Umno dan BN kerana ia tidak lebih sebagai kosmetik bagi menarik perhatian orang ramai.

“Janji berkenaan tidak lebih sebagai gula-gula yang dibungkus cantik untuk memenangi hati rakyat di musim pilihan raya.

“Ini kerana tidak ada satu kerajaan pun yang menghapuskan cukai-cukai yang dikenakan seperti cukai bandar, cukai pintu dan sebagainya kerana ia merupakan hasil kerajaan bagi melaksanakan pembangunan untuk rakyat,” katanya.

Ketika berucap pada majlis itu sebelumnya, beliau berkata, kerajaan negeri ingin melahirkan profesional dalam bidang animasi dengan mewujudkan sekolah animasi Darul Digital.

Menurutnya, memandangkan filem animasi mampu membentuk minda masyarakat, kerajaan negeri berhasrat melahirkan pakar animasi yang mampu melahirkan cerita mengikut acuan Islam. - mj


In matters of conscience, the law of the majority has no place-Mahatma


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: