Thursday, March 13, 2008

Hak semua kaum di Kedah akan dipertahan - Husam

"r r" alternatif2007@yahoo.com


Ditulis Oleh PAS Kelantan
Wednesday, 12 March 2008
NAIB Presiden PAS, Dato' Husam Musa menegaskan bahawa hak semua kaum di Kedah akan terus dipertahankan oleh Kerajaan Rakyat yang baru dibentuk dinegeri tersebut. Disamping itu beliau turut memberi jaminan bahawa polisi Kerajaan Rakyat di Kedah akan menekankan keadilan bagi menjamin kesejahteraan semua kaum dan tidak akan ada perubahan drastik dilakukan terhadap segala polisi negeri.
"Rakyat Kedah akan menikmati sebuah pentadbiran yang adil bagi semua kaum yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini dan pembangunan akan tetap diteruskan," ujar beliau dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, Selasa 11 Mac.

Selain itu, Husam juga memberi jaminan bahawa lima negeri yang diperintah oleh Barisan Rakyat akan menyediakan suasana yang mesra pelabur dan akan memberi fokus kepada pembangunan ekonomi yang sihat.

"Selain pembangunan yang seimbang, corak pentadbiran Kerajaan Rakyat di lima negeri ini semestinya akan menjaga kebajikan rakyat supaya rakyat dinegeri lain dapat menilai keberkesanan pentadbiran yang dilakukan oleh Barisan Rakyat (BR) berbanding Barisan Nasional (BN)," tegas Husam.

Kerajaan Rakyat telah berjaya dibentuk oleh BR di empat buah negeri iaitu di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain kekal memerintah di Kelantan selepas Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) sabtu lalu.

Probable Source: PAS Kelantan

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: