Saturday, March 22, 2008

Habuan awal pengundi S'ngor 31 Mac? / Rumours prove unfounded

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Malaysiakini
Habuan awal pengundi S'ngor 31 Mac?
Mar 19, 08 4:13pm
Bayaran pertama janji-janji kerajaan baru Selangor akan dibuat pada 31 Mac ini, demikian menurut borang-borang yang disebarkan di negeri itu selepas ia jatuh ke tangan pembangkang.

Borang tuntutan bayaran itu dilampirkan bersama manifesto peringkat negeri pakatan PKR-PAS.

Manifesto negeri itu, antaranya, berjanji memberi bantuan RM75 sebulan kepada anak yang dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak, RM50 sebuah setiap orang untuk pendidikan prasekolah, membuka tabung permulaan RM100 bagi anak kelahiran Selangor, dan hadiah R1,000 kepada anak negeri yang berjaya menyambung pelajaran ke universiti.

Seseorang yang telah memuatkan butiran lengkap peribadi, termasuk nama isteri dan jumlah tanggungan, seperti dikehendaki di borang tersebut diminta "hantar kepada ketua (parti) Keadilan/PAS cawangan yang berdekatan."

"Pembayaran pertama pada 31 Mac ini," keterangan di borang fotokopi berlogokan PKR dan PAS dipetik.

Borang itu juga mencatatkan, "pembayaran akan dibuat di Pejabat Daerah atau wakil di setiap cawangan-cawangan parti"

Bagaimanapun borang tuntutan itu bukannya rasmi dan, satu sumber PKR memberitahu Malaysiakini, disebarkan secara palsu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun salinan manifesto PKR-PAS itu benar, sumber itu percaya borang tuntutan ini disebarkan oleh penyokong-penyokong Umno kerana tiada langkah baru diambil setakat ini oleh kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Semalam, Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan) menafikan pihaknya menganjurkan ceramah di Stadium Shah Alam seperti tersebar meluas melalui mesej SMS.

SMS itu menyatakan ceramah tersebut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu depan, lapor Harakahdaily. net.

Presiden Perakan, Che Ariffin Che Mahmud berkata, organisasinya tidak terlibat dalam penganjuran sebarang program pada 27 Mac ini.

Beliau dilaporkan berkata SMS palsu itu sudah tersebar di Selangor dan Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu.

PAS Perak menafikan terlibat dalam penyebaran risalah yang mendakwa ia akan menegakkan negara Islam di negeri itu dan memperkenalkan beberapa dasar seperti dilaksanakan di Kelantan.

Risalah itu yang menggunakan nama dan logo PAS, antaranya, mendakwa kerajaan negeri yang diketuai wakil PAS Ir Mohamad Nizar Jamaluddin akan menutup pusat hiburan dan judi. .

Ia juga mendakwa PAS akan memperkenalkan undang-undang Hudud apabila situasi politik sudah stabil.

Ketua penerangan PAS negeri, Misbahul Munir, dilaporkan telah membuat laporan polis Ahad lalu.






anilnetto.com

Rumours prove unfounded as day passes peacefully in Penang

Start of the Maulud Nabi procession outside Kapitan Keling Mosque
women and children procession
Women and children in colourful attire participated
Police didn’t expect any trouble but kept a watchful eye
I thought I would head to George Town to see what was going on during the Maulud Nabi celebration today. Arrived near the Kapitan Keling mosque and saw a small crowd there.

The usual colourful procession started at around 5.00pm. Delegations from various parts of Penang participated, each led by a standard bearer carrying a banner indicating the name of the group and its location. The rhythmic, thumping beat of a kompang group livened up the proceedings.

Police had taken up positions. I saw four police jeeps with Light Strike Force personnel in addition to a couple of civil defence vans plus the usual traffic police. Plainclothes police were also around. They appeared relaxed, as if they were not expecting any problems - just keeping a close eye.

I chatted with a friendly police officer and he told me the earlier rumours were unfounded, but the police were there to keep the peace “just in case”. He said there had been no real incident after the election; the real test was during polling night but that passed without anything untoward happening.

As for the demonstration last Friday, he reckoned there were about 400 in the actual demonstration; the rest were largely curious onlookers.

Most people, he felt, had accepted the election results, and he didn’t expect any major problems.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

1 comment:

Desperado said...

Hadiah Kerajaan negeri beru untuk Selangor sekarang KANDANG BABI yang berharga 100 JUTA!!!