Wednesday, March 12, 2008

Guan Eng kini KM pertama DAP

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Guan Eng kini KM pertama DAP
Mar 11, 08 12:00pm
Wakil rakyat DUN Air Putih dan setiausaha DAP Lim Guan Eng baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru.

Majlis itu, yang turut dihadiri bapanya Lim Kit Siang, diadakan di kediaman rasmi Gabenor di Seri Mutiara.

Kerajaan DAP ini pertama kali dalam sejarah politik negara.

Pulau Pinang sebelum ini diperintah Gerakan, dalam gabungan BN, sejak 1969.

Turut hadir, isteri tokoh muda pembangkang ini Betty Chew yang juga wakil DUN Kota Laksamana, Melaka, dan juga bekas ketua menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

Selain pulau mutiara, parti-parti pembangkang turut merampas tiga lagi negeri - Kedah, Perak dan Selangor.

Kelmarin pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Abdul Razak, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, sehari selepas negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.

Bagaimanapun Perak dan Selangor belum menyelesaikan dengan jelas bakal MB pakatan tiga parti pembangkang itu.

Bagi BN, masalah pelantikan MB dilaporkan berlaku di Perlis dan Terengganu.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: