Monday, March 10, 2008

Gempar: Usaha BN 'membeli' adun-adun dari PKR Perak dan Selangor sedang rancak berjalan

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Gempar: Usaha BN 'membeli' adun-adun dari PKR Perak dan Selangor sedang rancak berjalan


Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Ahad, 09 Mac 2008


KL: Ini sumber terkini yang sampai ke meja KLpos.com. Pihak Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan usaha 'membeli' Adun-Adun PKR ini bagi membolehkan BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak dan Selangor.

Bagaimanapun menurut sumber KLpos.com juga memberitahu, semua Adun dan Ahli Parlimen PKR bagi negeri Perak dan Selangor ini sudah dipanggil untuk berjumpa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Perjumpaan mereka dengan Anwar juga sedikit sebanyak mampu menyekat usaha BN dari berjaya 'membeli' adun-adun ini.

Usaha-usaha jahat ini sedang giat dijalankan oleh pihak BN bagi menggagalkan usaha pembangkang menubuhkan kerajaan di dua negeri ini.

Kos yang besar dijangka digunakan untuk menyogok adun-adun ini agar melompat parti agar BN dapat menggagalkan usaha pembangkang menubuhkan kerajaan di Perak dan Selangor ini.

BN sudah pasti terasa kehilangan negeri yang termaju dan kaya di Malaysia seperti negeri Selangor ini.

KLpos.com sedang menunggu maklumat lanjut mengenai usaha terancang ini.

Kami akan melaporkan perkembangan 'beli-membeli' ini dari semasa ke semas


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: