Friday, March 7, 2008

fikirkan masak- masak dahulu sebelum anda di 'Islam Hadhari' kan

From: MalaysiaFreedom <malaysiafreedom@ gmail.com>

Assalamualaikkum,

Apa yang megah sangat tentang Islam di negara kita? Kesemuanya penipuan dan
dosa sahaja yang memenuhi tabung 'peng'Islam' an' Negara kita. Saya sebagai
seorang Islam, malu. Cukup malu.

Malu dengan penipuan ahli-ahli politik, bohsia, Mat Rempit, perampasan
mayat yang di'Islam' kan , isu perkataan 'Allah', dan bermacam-macam lagi
isu yang boleh membuat orang marah. Kenapa jadi macam ini? Itulah soalan
kita yang lebih mementingkan akhlak moral dan kebaikan agama Islam.

Jawapannya senang sahaja. Islam Hadhari.

Saya berasa sedih apabila siri komedi ' Pi Mai Pi Mai Yang Tu'
diberhentikan kerana saya mendapati siri itu cukup menggelikan hati. Tetapi
sekarang saya lebih geli hati kerana siri komedi ' VK Lingam' lebih
menggelikan hati. Lingam mengatakan ' nampak macam saya, bunyi macam saya,
tetapi bukan saya'. Ada satu soalan untuk saudara Linggam. Dalam gambar
sekeluarga Lingam bersama dengan keluarga Eusoff Chin yang ditangkap di New
Zealand , beranikah Lingam mengatakan yang gambar itu ' nampak macam saya,
bunyi macam saya, tetapi bukan saya'? Saya mencabar saudara Lingam. Kalau
dia berani mengatakan begitu, ertinya isterinya berlaku curang dengan
seorang lelaki yang 'nampak macam Lingam, bunyi macam Lingam, tetapi bukan
Lingam'. Am I correct? Yes, correct, correct, correct. Memang cukup
menggelikan hati saya, mengalahkan siri-siri komedi lain. Tambahan pula,
pelakon harapan kita, Eusoff Chin cukup mantap dalam lakonannya mengatakan
dia tidak seberapa rapat dengan Lingam apabila gambar foto bersama Lingam
hanya secara kebetulan sahaja.

Malaysia mungkin ada peluang memenangi 'Oscar' kalau memilih pelakon ?
pelakon komedi ini.

Datang pula hero kita , Dr M. Tiga hari tiga malam saya dan ramai lagi di
Malaysia ini menunggu untuk mendengar kata-katanya. 'Saya lupa'. ' Saya tak
berapa ingat' 'Tidak'. Itu sahaja kata-katanya dalam bicara kes tersebut.
Apabila Dr. M memegang jawatan Perdana Menteri, cakap tak habis. Mengutuk
tak habis. Menangis dalam Perhimpunan UMNO mengalahkan Azean Irdawaty. Tisu
tajaan Rafidah AP menjadi pengering mata. Sekarang berdolak dalih pula.
Tetapi Dr. M jangan lupa bahawa Keranamu Mahathir, punca utama orang Melayu
menjadi tamak dan malas berusaha. Diberi kesemua tidak terhingga, sehingga
orang Melayu menjadi 'mudah lupa'.

Mat rempit. Tergelak terbahak - bahak saya dibuatnya apabila Khairy
Jamaluddin mengatakan yang Mat Rempit adalah 'mata dan telinga' polis.
Kalau dia dipanggil 'beruk' saya tidak berapa setuju, kerana beruk
'original' akan marah kerana pada lazimnya, beruk adalah binatang yang
cerdik. Tolong jangan samakan dirinya dengan beruk. Saya lebih setuju kalau
dikatakan otaknya penuh dengan najis beruk. Saya ingin cadangkan supaya
Menteri-menteri jadikan Mat Rempit sebagai 'mata dan telinga' mereka juga.
Contohnya, menjaga anak-anak mereka ( khasnya anak perempuan) yang
bersekolah dan yang baru lepas sekolah, menjaga isteri mereka apabila
ketiadaannya. Satu rumah Menteri, seorang Mat Rempit, tetapi selalunya
mereka akan dating beramai-ramai. Lebih 'selamat' lah anak- anak perempuan
dan isteri mereka dibawah jagaan Mat Rempit beramai-ramai.

Allah, teruk sangatkah perangai buruk orang Melayu kita ini? Saya duduk di
sebuah Negara yang rakyatnya berbilang kaum. Melayu, Cina dan India. Dari
bangku sekolah lagi, saya mempunyai kawan- kawan yang bukan Islam. Tetapi
perkataan 'Allah' sering digunakan oleh mereka juga , contohnya apabila
terjatuh atau terlanggar sesuatu atau bila terkejut.'Allah, terjatuh saya',
'Allah, jom lah', 'Allah, kedekut lah you ni', 'Allah, bodoh macam PM kita
lah you ni' dan bermacam ? macam lah, Allah, Pak Lah lagi dari mulut
mereka. Sebabnya, senang sahaja. Kawan mereka juga terdiri dari orang
Melayu Islam yang dalam penggunaan bahasa akan sentiasa melibatkan
perkataan 'Allah'. Apabila mereka yang sentiasa dengar perkataan itu,
salahkah kalau digunakan?

Bagaimanapun, saya cadangkan Negara kita masuk bukan setakat Malaysia Books
of records sahaja tetapi masuk Guiness World of Records kerana menjadi
Negara pertama melarang penggunaan perkataan 'Allah' di kalangan bukan
Islam. Kepada orang Melayu Islam kesemua yang setuju dengan undang-undang
'Islam Hadhari' ( sebagai seorang Islam yang tulen, soalan saya ialah apa
itu Islam Hadhari? Kuih raya kah? Satu lagi rekod terbaru untuk Negara
kita) tolong jangan menggunakan perkataan 'Allah' di depan kawan-kawan
kita yang bukan Islam, terpengaruh pula perkataan itu.

Tetapi boleh menyuruh orang bukan Islam memakai tudung dan songkok? Pelik
rasanya. Mungkin Imam ? imam kita dan guru- guru Islam sudah 'di'Islam
Hadharikan' oleh pemimpin-pemimpin kita.

Saya sudah banyak mengkaji dan menyelidik hal-ehwal Islam, tidak pernah
disebut menyuruh meroboh tempat ibadat dan tokong ?tokong kaum lain. Setahu
saya,hanya di Afghanistan , pemberontak ? pemberontak merobohkan patung
Buddha. Jadi, adakah kita pemberontak juga seperti mereka?

Kerajaan yang sentiasa ingin meng'Islam Hadhari'kan Negara kita ini, tidak
nampakkah orang-orang Islam minum dan mabuk berpakaian seksi menonjol mata?
Ataupun pihak kerajaan dan pemimpin-pemimpin kita mata mereka sudah terlalu
menonjol keluar? Ataupun adakah hanya mata yang tertonjol keluar atau
barang sulit mereka juga? Ataupun pemimpin-pemimpin kita mabuk sama? Inikah
Islam Hadhari? Kalau ya, saya tidak sedikit pun mempunyai keinginan
memasukki dalam pemberontakan kumpulan Islam Hadhari ini.

Sekarang ada pula cara terbaru dan mudah untuk orang masuk Islam. Kelayakan
untuk orang bukan Melayu masuk Islam ialah, senang sahaja, mati. Apabila
anda mati, ada kemungkinan pak haji,tok haji, imam dll akan mengerumuni
mayat anda. Mungkin ahli keluarga anda akan berfikir yang ramai juga kawan
Islam anda yang dating menziarahi buat kali terakhir, tetapi lain pula
jadinya. Tiba- tiba anda jadi orang Islam, yang mungkin anda pun tidak akan
tahu.

Kalau keadaan ini tidak terkawal, mungkin satu hari nanti binatang yang
mati digelek lori tengah jalan ( kucing, anjing, biawak, dll )pun akan
di'Islam' kan oleh pakar-pakar kita.

Kalau ini yang dikatakan Islam Hadhari, saya hanya memerlukan Islam yang
saya pelajari selama in, ISLAM. Saya tidak pernah belajar yang lain
daripada ISLAM.

Jadi, fikirkan masak- masak dahulu sebelum anda di 'Islam Hadhari' kan .


Source: Unknown
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: